PERANAN DEWAN NEGARA PERAK [ ORANG BESAR ] DIDALAM MELANTIK RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK
Kejelasan wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”. Badan ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki
Orang Besar Perak sekitar tahun 1924 |
Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi.
Yang menarik dan uniknya adalah, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Paduka Seri Sultan, dan kemudian mereka pula yang mempunyai kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru ketika berlakunya kemangkatan Paduka Seri Sultan.
Namun kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru bukan mudah kerna Dewan Negara harus mengikut adat yang di peradatkan dari turun temurun, sebagaimana Gelaran Orang Besar Perak di tingkat-tingkatkan kepada empat peringkat iaitu orang besar empat, orang besar delapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua bagi tujuan menyampaikan amanah rakyat bagi setiap mukim dan jajahan
Maka Dewan Negara harus jelas apa yang terkarang ini :- Tetapi hendaklah disyaratkan pula bahawa dalam timbangan-timbangannya berkenaan dengan pilihan seorang Raja Pemerintah itu, hendaklah Dewan Negara itu memberi timbangan-timbangannya yang pertama kepada sesiapa Bakal Sultan mengikut susunan yang tersebut di bawah ini, yang keduanya kepada sesiapa Raja yang Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya dan kemudian daripada itu hendaklah dijalankan seperti yang disyaratkan dalam Fasal VII, VIII dan IX dalam Bahagian ini.”
Pemilihan Raja Pemerintah yang baharu itu hendaklah di laksanakan dengan secepat mungkin. Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII seperti berikut :
Bagi memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu dinegeri Perak apabila berlaku kekosongan, Dewan Negara Perak dengan di Pengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, hendaklah mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah untuk memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu. Mesyuarat ini tidak di hadiri oleh bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar. Maka Dewan Negara Perak akan membuat keputusan dengan sewajar dan seadil-adilnya, iaitu samada dengan mendapat persetujuan sebulat suara daripada ahli-ahli sekalian terhadap sesuatu calon atau dengan mendapat kelebihan undi bagi seseorang calon itu.
Bakal-Bakal Sultan DYTM Raja Muda Perak - Raja Dr Nazrin Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar |
b) Peruntukan Bagi Perlantikan Bakal-Bakal Sultan
“Fasal XXX : Maka dari antara mereka yang harus di pilih sebagai Raja Pemerintah mengikut tertib yang di tetapkan dalam fasal-fasal VII dan VIII itu, hendaklah di pilih dan di lantik tiga orang Bakal Sultan oleh Raja Pemerintah itu dengan nasihat Dewan Negara”.
Bakal-bakal Sultan yang ada pada masa dahulu adalah :
Raja Muda
Raja Bendahara
Raja DiHilir
Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan. Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah:
Raja Muda
Raja Di Hilir
Apabila seseorang Sultan atau Raja Pemerintah mangkat, maka pemilihan hendaklah dilakukan oleh Dewan Negara daripada waris-waris negeri yang layak untuk menggantikan Raja Pemerintah yang telah mangkat itu. Pengisian ke tempat Raja Pemerintah yang kosong itu tidaklah secara automatik. Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2) seperti di bawah:
“Fasal VI (1) Manakala mangkat kita dan mangkat seseorang daripada ganti-ganti kita yang gemilang, maka jenazah kita dan jenazah-jenazah ganti-ganti kita yang gemilang hendaklah di simpan dengan tiada dimakamkan mengikut sebagaimana adat Melayu sehingga seorang ganti telah dipilih dan dilantik, dan inilah kita mengikrar dan memerintahkan bahawa hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan menjalankan kuasa-kuasa dan menyempurnakan tanggungan-tanggungan Raja Pemerintah itu di antara kemangkatan seorang Raja Pemerintah dengan lantikan seorang Raja Pemerintah baharu.
Maka dengan ini Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Wakil Al Sultan Wazir Kabir jawatannya ialah kepala sekalian orang besar-besar dan Dato’-Dato’ dan pada beliau jua terhimpun Segala Rahsia Kerajaan Negeri. Berkewajiban menjaga segala adat dan mengekalkan keunikkan sistem warisan beraja yang telah dibentuk oleh orang besar-besar yang terdahulu hasil muafakat sesama Raja Pemerintahan yang terdahulu bagi menjamin kesentosaan negeri didalam melantikan seorang Raja Pemerintah baharu.
ORANG BESAR EMPAT -
1. Y.A Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
2. Y.A Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja
3. Y.A Bhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
4. Y.A Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Bakal-bakal orang besar empat adalah ialah siapa-siapa yang bergelar toh mudanya kecuali Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang tiada mempunyai Toh Muda.
TOH MUDA ORANG BESAR EMPAT -
1. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja di-Raja
2. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
4. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
ORANG BESAR DELAPAN -
1. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota
2. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda
3. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja
4. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja
5. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera
6. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja
7. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
8. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Mahakurnia Indera di-Raja
TOH MUDA ORANG BESAR DELAPAN -
1. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksmana Raja Mahkota
2. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda
3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja
4. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja
5. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera
6. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja
7. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Mahakurnia
8. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
ORANG BESAR ENAM BELAS -
1. Y.D.H Toh Seri Maharaja Lela
2. Y.D.H Toh Paduka Indera
3. Y.D.H Toh Maharaja Dewa
4. Y.D.H Toh Maharaja Indera
5. Y.D.H Toh Shahbandar Ulu
6. Y.D.H Toh Tan Dewa Paduka
7. Y.D.H Toh Paduka Setia
8. Y.D.H Toh Sedewa Raja
9. Y.D.H Toh Paduka Raja
10. Y.D.H Toh Perdana Indera
11. Y.D.H Toh Indera Jaya
12. Y.D.H Toh Seri Bijaya
13. Y.D.H Toh Seri Lela Paduka
14. Y.D.H Toh Amar Seri di-Raja
15. Y.D.H Toh Raja di-Raja
16. Y.D.H Toh Seri Wangsa
ORANG BESAR TIGA PULUH DUA -
1. Y.D.H Toh Tan Dewa Sakti
2. Y.D.H Toh Kamar Lela
3. Y.D.H Toh Seri Indera Lela
4. Y.D.H Toh Sakna Bongsu
5. Y.D.H Toh Tan Dewa Raja
6. Y.D.H Toh Rakna Sakti
7. Y.D.H Toh Purba di-Raja
8. Y.D.H Toh Jana Pahlawan
9. Y.D.H Toh Sa Indera Lela
10. Y.D.H Toh Bahagia Negara
11. Y.D.H Toh Amar Pahlawan
12. Y.D.H Toh Mangku di-Raja
13. Y.D.H Toh Dewa Mahkota
14. Y.D.H Toh Sakna Menteri
15. Y.D.H Toh Demang Perwira
16. Y.D.H Toh Indera Wangsa
17. Y.D.H Toh Mekong
18. Y.D.H Toh Lela Indera
19. Y.D.H Toh Mahkota Lela
20. Y.D.H Toh Amar Di Wangsa
21. Y.D.H Toh Pekerma Wati
22. Y.D.H Toh Johan Pahlawana
23. Y.D.H Toh Pendewa Sakti
24. Y.D.H Toh Kelana Perkasa
25. Y.D.H Toh Kelana di-Raja
26. Y.D.H Toh Kohor Alam
27. Y.D.H Sukar Di Lawan
28. Y.D.H Toh Pendekar Alam
29. Y.D.H Toh Bijaya Wati
30. Y.D.H Toh Puspa Wati
31. Y.D.H Toh Bahtera di-Raja
32. Y.D.H Toh Suri Wati
Ilmu yang di tinggalkan oleh mereka yang terdahulu harus di teliti dan di fahami:-
Ilmu yang di tinggalkan oleh mereka yang terdahulu harus di teliti dan di fahami:-
ADA PUN RAJA ITU TIADA MEMPUNYAI NEGERI DAN TIADA BOLEH MENCHUKAI KHARAJAT, MELAINKAN BERKEADILAN SAHAJA SERTA PERMAKANANYA.
11. UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM ”ADATNYA”
Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya,
- Pertama mati rakyatnya di tanam,
- Kedua, hilang rakyatnya di cari,
- Ketiga kusut di selesaikan,
- Keempat, jika salah dipatutkan.
Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama di laungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh, pergi ia, dan lagi tatkalaorang mengadap bichara itu di lihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataannya serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan juga hukumnya, tetapi boleh di bezakan antara kechil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan lagi di atas bicara mereka itu di hukumkan betul-betul, jangan di ambil faedah di atas mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.
55 UNDANG-UNDANG ORANG KAYA, HUKUMNYA
- Jika banyak orang kaya didalam mukim itu sangatlah baiknya di atas mukim itu, tetapi nya orang kaya mau lah murah di atas mukim atas orang-orang dan hendaklah hormat kepada raja-raja dan penghulu, hendaklah beri sedikit emas kepada orang yang berbuat taat dan lagi kenduri sekali setahun sekurang-kuranya tiada boleh tidak dan besarkan nama dunia dan sedekah pada miskin.
92 UNDANG-UNDANG MENJADI RAJA DIDALAM NEGERI ITU APA-APA YANG JADI AMAN PADA NEGERI ITU.
- Pertama adil hukumnya,
- Kedua murah makan didalam negeri itu, maka amanlah negeri itu
93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DIDALAM NEGERI
- Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,
- kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu
99 UNDANG-UNDANG RAJA-RAJA DENGAN ORANG BESAR-BESAR DAN SEKALIAN RAKYAT, DAN RAKYAT DENGAN ORANG BESARNYA;
- Jika ada barang-barang yang datang baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati mau lah di titahkan kepada orang besar-besar itu, jika ada apa-apa baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati dan lagi raja-raja atau orang besar-besar jikalau apa-apa bicara baik dan jahat itu hendaklah di nyatakan pada rakyat boleh tahu ia dan ingat, dan tiap-tiap raja dan orang besar-besar itu barang apa-apa bicara hendak di terang, jikalau di sembunyikan apa-apa titahkan semula, jangan tidur adat negeri adanya.
Info : -
Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.
Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.
Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.