Sunday, 8 September 2013

TAMADUN SRIVIJAYA-SAGUNTANG : Melahiri Budaya & Adat-Istiadat Kepertuanan Melayu


KUTIPAN INTIPATI 'EXTRACT' daripada text manuskrip, hasil kajian penulisan Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa Bertarikh: 31hb November,1977 

*Perhatian* :
 [ATAS PENERIMAAN BANYAK DESAK-DESAKAN DARIPADA RERAKAN DI LAMAN PERIBADI SAYA MINTA DISAMBUNGI INFO TENTANG KERTAS BERJUDUL "KESAN2 LEGACY @WARISAN ETHOS SERI SAGUNTANG"  (Terbitan bth: 19hb March 2011), MAKA INI, SAYA SAMBUNGKAN SEDIKIT-SEBANYAK LAGI BAGI MENAMBAT PENERANGAN KELUARAN TEMPOH HARI]

Hatikan BENTUK Empayar Srivijaya bagaikan bentuk "Bulan Sabit" ~ yg tlh menjadi inspirsi orang tetua jajahan Langkasuka-Kelantan mencipta "Wau Bulan" ~ yg pada asalnya disebut "BULAN SERI-VIJAYA"; ~Dan sampai ke tempuh lingkungan tetahun 1950'an, rakyat di Negeri2 Perak & Kedah juga melayangi Srivijaya dengan membikin layang-layang berbetuk 'Bulan Sabit' yang di sebut Lelayang "SERI BULAN".

1.1 Nama “SRIVIJAYA ” mula-mula sekali terdengar di alam sejarah nusantara tenggara adalah pada tahun 650m. Sejurus itu, berita perihalnya mengirim misi ke benua Cina pada 670 m. Dalam lingkungan tetahun tersebut, barulah kita mengenali nama seorang daripada raja pemerintahnya. Menurut sebuah inskripsi (684m) berhampiran Palembang adanya “DAPUNTA HYANG SRI JAYANASA ”. Dengan sekadar pengenalan yang serba ringkas itu , mari kita mengimbasi pula sosio-ekonomi sesudah tertubuhnya alam Srivijaya .

1.2 Empayar ini sepertimana yang sudah lama termaklum, adalah merupakan kuasa berpengaruh berdasarkan pemerintahan yang bertoleransi. Ianya mewujudkan ke pucuk pimpinan terhadap 14 kota-kota maritim  [1]  yang difahami melaksanakan pentadbiran masing-masing bagaikan negeri-negeri persekutuan semi-otonomi. Keseluruhan alam Srivijaya semenjak abad ketujuh Masihi, telah terkukuh beberapa bidang tapak emporium perdagangan yang memuncak di abad kelapan hingga menjejaki awal abad yang kesebelas. Namun pun sesudah itu, ketangkasan Srivijaya mula menurun; tetapi masih bersemangat sampailah ke pertengahan abad ketiga belas Masihi.

                                Terpahat di sesuatu dinding di Candi Borobudur ~ suatu presepsi KAPAL LAYAR DAGANG SRIVIJAYA.

1.3 Dalam pada itu, apa yang kurang diperbahas di Semenanjung Malaysia, ialah ciri-ciri aspirasi budaya Srivijaya di dalam tempoh abad-abad yang tersebut tadi. Secara asas, falsafah Srivijaya memang tiada mementingkan peranan sebagai empayar penegakan agama Hindu.                                                                                                              
Teratai Asia (Nelumbo nucifera): Ethos Hindu Buddhis menyanjunginya selaku tumbuhan maha kudus sisian sastera & kebudayaan. Menjadi simbolosi peri keindahan yang mistik.
1.4 Secara keseluruhan telah pun terbukti dalam bermacam-macam penulisan di Indonesia dan negara-negra barat dan India, bahawa emporium Srivijaya ialah nan bercorak lagi menjadi sebuah kawasan agung di Asia Tenggara tentang hal ehwal keagamaan Buddhisme MAHAYANA. 
Doktrin Mahayana ini telah mendorong pengeluahan segala seni ekspressi yang mencerminkan kebudayaan toleransi 
yang dapat memberi peluang bagi budaya-budaya tempatan bernafas dan bercantum;~ mempunyai seni identiti masing-masing yang tersendiri. 
Namun jejajahan 14-Pelabuhan Srivijaya itu tetap bersama dgn berfalsafahkan konsep setangkai bunga teratai.

1.5 Cuma yang masih terus dipersoalkan adalah betapa perkasakah seni falsafah kebudayaan aliran Buddhisme MAHAYANA Srivijaya berjaya mengatasi budaya-budaya tempatan, yang jauh dari pengaruh pusat pemerintahan ? Pusat Srivijaya itu memang diketahui pernah bertukar-tukar pusat kuasa mengikut arus politik semasa. Di mana kuasa itu berpusat, di situlah ia melimpahkan kebudayaannya. Yang tertinggal jauh akan semula mencampur aduk kebudayaan rasmi dengan kepercayaan tempatan tanpa sekatan; ~ dan itu telah mewujudkan satu ciri-ciri Srivijaya ~ yang pada asalnya ialah Hindu ~ tetapi telah menjadi pusat yang paling berpengaruh peri ehwal fakulti-fakulti kajian dan pendidikan aliran Buddhisme MAHAYANA di Asia Tenggara.(Di Malayapura & di Muara Takus).

1.6 Kebudayaan negara-negara jiranan yang terkeluar dari pengaruh Kerajaan Srivijaya juga adalah berupa kuasa-kuasa Buddhis yang berkedudukan di sebelah utara dan timur Semenanjung Malaya. Mereka itu adalah dari golongan kaum kerajaan-kerajaan bangsa DVARAVATI  yang menganuti agama dan memancarkan seni sosio kebudayaan Buddhisme HINAYANA. Sesungguhnya mithologi dan kebudayaan Hinayana itu memang lebih dogmatik dari budaya Mahayana yang pragmatik. Akibatnya Hinayana lebih ketara dan senang dikenal pasti berbanding dengan ketoleransian Mahayana.

 1.7 Selain dari itu, perlu juga kita mempertimbangkan perhubungan sosio-politik Srivijaya dengan Pulau Jawa di akhir abad yang ke 8. Kawasan-kawasan ke selatan dari Pulau Andalas amat kuat berpegang kepada berbagai aliran kedewaan Hindu.“Perbatasan”@“GARIS HUXLEY” antara Hindu dengan Buddhis secara dasarnya ialah di SELAT SUNDA. Di Pulau Jawa, agama Hindu yang terulung sekali ialah aliran SIVAIT, (pemujaan Dewa Siva). Mithologi dan budaya Hindu sama juga dogmatik, malah lebih kompleks daripada doktrin Buddhis Hinayana, apatah lagi daripada falsafah Mahayana.

1.8 Perlu diambil kira bahawa pada zaman itulah yang paling segar dalam hal ehwal perkembangan ekspressi seni kebudayaan Buddhisme MAHAYANA di seluruh Gugusan Tanah Melayu.

1.9 Menurut riwayat yang terdokumen dari Pulau Jawa, pada kurun kelapan itulah sosio-politik kebudayaan Pulau Andalas dengan Pulau Jawa telah bercantum kukuh apakala adanya hubungan benih antara Dinasti (Buddhis Mahayana) Srivijaya di Sumatra Selatan dengan Dinasti (Hindu Sivait) Kerajaan Mataram.

1.10 Seorang daripada putera Srivijaya telah dikahwinkan dengan Puteri Mataram. Dari keturunan merekalah terbitnya budaya singkretisme HINDU-BUDDHIS di alam Srivijaya. Ikatan berpengaruh ini telah bermula selepas Maharaja Srivijaya berjaya menguasai kerajaan Mataram yang berpusat di Jawa Tengah dalam lingkungan tetahun 732-778 Masihi.

1.11 Keseiringan seni kebudayaan dan etos Sivait dan Mahayana itu bertambah mengesan apabila diperhatikan kedua-dua seni agama termaksud, walaupun secara berkeadaan yang tidak bergabung, adalah berpunca temadun suku-suku masyarakat bumi India yang bermastautin di dataran-dataran pergunungan yang tinggi. Suku-suku kelompok kedaerahan India Tengah itu dikenali secara entiti sebagai “ SAILENDRAVAMSA  yakni, Bangsa Sailendra. Sila rujuk Lampiran ‘O’ bagi memahami istilah Sailendra.

1.12 Budaya " TANTRIK "  harus boleh dianggap “Mahzab” yang kian di praktis oleh kaum Sailendra-Srivijaya. Ianya tersandar kepada doktrin gabungan berkenaan dengan ~~
TRIRATNA ( @ “tiga permata”) Buddisme =
BUDDHADHARMASANGHA 
yang terganding dengan ~~ 
TRIMURTI  (@ “tiga hikhmah perkasa”) Hinduisme, yakni, perihal sifat2 Dewa Siva = BRAHMAVISHNUMAHESVARA.
Keanehan anutan keagamaan singkritisme yang termaksud itu apalah cuma kebetulan atau sengaja dimeterai atas kesedaran hakikat, bahawa:
(Hindu) aliran Sivait ~ dan (Buddhis) aliran Mahayana ~ sama-sama berlandaskan amalan budaya etos mempraktik METAFIZIK PUNCAK KEGUNUNGAN [2]Dengan erti kata lain, mahir ilmu mentera "Paku Bumi", suatu kuasa penjurusan tenaga bersifat kudrat magnetik (elektrik), yang biasa di sebut 'SAKTI' , yang beraura (sanskrit: ‘Syri’) = ‘Seri’.  

1.13 Dewa Siva dikenali selaku “Penguasa Mahameru” @ “Maharaja Pergunungan  
yang tersebut sebagai SIVAGARINDRA (= Siva berkelakuan DEWA INDRA ).
Apabila SIVA itu berada persis di mercu Mahameru, dia berwatak @ bersifat (Dewa)VISHNU.
Sekala Vishnu itu bersuasana pertapaan, ~
akan bersifatlah dia, yakni, Siva@Vishnu, bertukar watak menjadi (Dewa)INDRA !!!  
[ Demikianlah terhasilnya gelaran Siva itu selaku SIVAGARINDRA ~
 Ada pula terkisah dlm hikayat peri seorang Raja mitos SULSEL ~ yg disebut "SAWERIGADING" !] 

(*Penulis berharap pembaca tidak akan menjadi bingung dengan komplesiti tersebut !!!)

Dewa Indra yang bergajah putih sedang berlawan dgn musuh2 kayangan.


Dewa Vishnu mempunyai Kuasa Halilintar


1.14 Seganding pula dengan mithologi Mahayana mengetarakan perwajahan Buddha selaku VAJRAPANI di titik pertapaan di mercu Sumeru yang akan menerbitkan cahayaSERI INDRA. ~ “VAJRA” secara tersendiri bererti HALILINTAR , PETIR , KILAT atau GURUH  menyandari maksud ayat-ayat yang berkenaan. Kebudayaan Buddhisme telah berkemajuan dari falsafah “ Upanishad ” semenjak zaman “Vedik".  [3]. Buddhisme telah mengenepikan ajaran kedewaan Hindu zaman Vedik , namun mendalami intipati ilmiah Upanishadik. Oleh demikian, menerima hakikat ‘Nirvana ’ dan ‘Dharma ’ [4] yang dijurusi oleh sejejenis "semangat" (tenaga metafizik), ~ ia diperolehi dari mercu-mercu kesucian (puncak) Sumeru. Kedua-dua sastera Sivait-Mahayana itu selari mengetarakan ~ Siva @ Indra ~ seperti jua ~ Buddha @ Vajrapani ~ kian berkeupayaan, apa yang teristilah, sebagai Pemegang @ Penguasa tenaga Halilintar[5].

PANCA PERSADA Dan FORMULA "PAKU ALAM ’'

HYPOSTASIS PANCADHARMA TERSIRAT DALAM ASPEK-ASPEK PANCA PERSADA SAGUNTANG

Perhatian : Kita akan mulai pembacaan kronologi ini ~ dari sebelah bawah meningkat ke atas ~ umpama kita sedang menaiki tangga-paras demi mencapai ke setiap Tahap-Tahap yang berkenaan: 
                                  
( PARAS 5 ) : 'ALAM NIRVANA' YANG PALING SUCI DAN MURNI ~ TEMPAT MEMPEROLEHI SERI SAKTI .
    
( PARAS 4 ) : 'ALAM MELEPASKAN DIRI DARIPADA SEKSA DUNIA ~ BERTAFAKUR DAN MERASAI 'ALAM TANPA BERBENTUK ... 

( PARAS 3 ) : 'ALAM PENYEDEIAN DIRI UNTUK UJIAN TERKHIR ~ MENUJU KE 'ALAM TANPA BERBENTUK ...
                                                 
( PARAS 2 ) : 'ALAM MENOLAK PANCAROBA ~ MATERIALISME DUNIAWI CABARAN DAN DUGAAN MASYARAKAT...
                                                   
( PARAS 1 ) :  MENGATASI KEJAHANAMAN OLEH GANGGU-GANGGUAN HAWA-NAFSU ..

( PARAS BUMI ):  'ALAM PERMULAAN UNTUK MELEPASI DARIPADA PANCAROBA  
   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rangka bangunan Panca Prashada yang tersergam dalam perkarangan Istana Iskandariah, di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Negeri Perak. Bentuknya adalah mirip sebuah Piramid. Kedudukannya mematuhi sepersis arah kompas. Tiap satu permukaan menghakiki 'API ' (utara), 'AIR' (timur), 'ANGIN' (selatan), 'TANAH' (barat),  ~ tersirat Metafizikal elemen-elemen yang menpunyai sumber-sumber tenaga tertentu,  pengeluaran dari dalam pusat PAKU ALAM. “Panca" (5) landasan persadaan adalah penggabungan elemen yang beralas kepada sumber2 sastera Hindu kuno dengan ( prinsip )“tharikat” Buddhisme.

1.15 Hakikatnya ialah: Sambil kelamin diraja itu menunaikan persiraman, mereka juga menunaikan pendakian ke tahap tertinggi untuk “bersuluk” ala doktrin “Sutra Teratai”. Budaya Bukit Saguntang adalah beradat mitos sastera Sivait berkenaan dengan Dewa INDRA. Sang Indra itulah yang menjadi sumber semangat keayahandaan (Paduka) yang berseri ; iaitu , yang menjadi punca pengeluaran cahaya keemasan Nara – Indra yang bersumberkan 4 warna asas [6]. Pergunungan (Maha) MERU (Hindu) di mana Sang Maharajadewa Indra bermastautin dikatakan mempunyai 4 permukaan. Tiap-tiap satu landaian bersimbolis warna sastera: 
* Permukaan mengadap ke TimurPUTIH;
Ia mengandungi tanah keputih-putihan yang berair penawar lagi suci. Warna putih juga melambangkanAir = keutuhan warisan yang tiada terputus.

* Permukaan mengadap ke SelatanKUNING;
Ia mengandungi tanah yang sering menerima tiupan angin keramat. Oleh itu tanahnya berwarna keemasan atau kekuningan. Warna kuning juga melambangkan Angin = kedaulatan Roh bercahaya ‘Indra’ @ (Islam: “Nor Allah’).

* Permukaan mengadap ke BaratHITAM;
Ia mengandungi tanah yang hitam berhikmah kesuburan. Warna hitam persis melambangkan Tanah = kekayaan materialisme.

* Permukaan mengadap ke UtaraMERAH;
Ia mengandungi tanah panas berwarna kemerahan yang menghasilkan tenaga bumi perkasa. Warna merah melambangkan Api = semangat

1.16 Sementara itu, perguruan Mahayana Buddhis di samping metafizik Hindu seperti di atas telah menceritakan bahawa Buddha mula meluahkan ajaran falsafah induk mereka di puncak Gunung Sumeru. Gunung ini kemudian bersimbolis empat “mudra ” asas yang dilakukan oleh Buddha. Ertimudra  ialah kombinasi posisi tangan dan jejari sambil seseorang Buddhis yang menunaikan“Sutra  (= Islam “bersuluk”) duduk bersila dalam pertapaan tanpa dibenarkan bergerak, berpejam mata berzikir di dalam kalbunya. Kalau orang Hindu, ia disebut “yoga”. Bagi tiap-tiap satu mudra, Buddha bersutra di pertengahan paras Sumeru sebanyak empat posisi. Tiap-tiap satu sutra, Buddha berpindah landaian mengarahkan kedudukannya berposisi mudra menghadap:    
Ke Timur:                                                                              
Menunaikan mudra Absobhya.
(Menjiwai keutuhan Air)                                 

Ke Selatan:                                                                                
Menunaikan mudra Ratnasambhava.        
(Menjiwai keutuhan Angin).                                  

Ke Barat:                        
Menunaikan mudra Amitabha.
(Menjiwai keutuhan Tanah).

Ke Utara:
Menunaikan mudra Amoghapasa.
(Menjiwai keutuhan Api).        
                                                      
1.17 Sesudah itu, Buddha ber”suluk” pula di kemuncak Sumeru melakukan kedudukan VITARKA MUDRA ~  Persulukan fasa kelima inilah yang disebut "Saddharmapundarika";  yakni

@'SUTRA TERATAI' . Ketika itulah, manakala Buddha telah berkebolehan selaku VAJRAPANI  @ ~ Pemegang Halilintar~ (berkebolehan menguasainya) ~ seganding dgn perwatakan gara2 peri Sang Dewa Indra (Hindu) itu juga. Kala itulah tenaga Buddha beraura Indra keemasan 

           
                           

BERMANDI ADAT DI SERI PANCA PERSADA 


1.19 Telah didirikan sebuah Astaka Persiraman yang melambangkan mercu ‘Meru’ di laman istana. Tempat persiraman itu dibuat berbentuk “piramid” 4 permuka bersegi. Bentuk ini adalah mengadaptasi konsep hakikat mitos perihal “gunung empat penjuru ghaib  yang mempunyai hikmah bagi tiap-tiap satu permukaannya [8]. Bangunan genggunung itu dipanggil “Panca Persada [9]. Balai kecil (Astaka) dimercunya dinamakan Seri Panca Persada. Pada zaman silam, baginda suami isteri diperlukan mendaki ke puncak cangkat keramat yang berdekatan dengan istana yang dinamakan ‘Bukit Saguntang’. Di mercunya akan didirikan sebuah Astaka Persada (Balai Bersiram). Bukit Saguntang’ itulah yang dikatakan mempunyai ciri-ciri ‘Gunung Empat Penjuru Ghaib’.Sekiranya istana Raja itu sudah pun dibangunkan di mercu sesebuah cangkat, maka itulah yang diistilah ‘Bukit Saguntang’; seperti tapak Istana Iskandariah di Mercu Bukit Chandan Kuala Kangsar; atau pun istana Sultan Melaka abad-abad ke 15-16 yang dibangunkan di mercu Bukit Raja @ “St Paul’s Hill” bandar Melaka sekarang.

1.20 Atas kerana kelamin diraja itu mesti keluar dari istana menunaikan persiraman adat, demi kemudahan daripada mereka mendaki Bukit Seri Saguntang yang sebenar maka didirikanlah sebuah Astaka Persada di laman istana itu sahaja. Formula budaya yang tersebut di atas ini jelas ketara digendungi dalam adat istiadat menabalkan Raja-raja Yang Dipertuan negeri Perak. Amat dikesali ‘Sejarah Melayu’ resensi-resensi yang ditemui di Semenanjung tidak pernah menguraikan peristiadat menabalakan Raja-raja kesultanan Melaka mahupun semasa pemerintahan Raja-raja Melayu Hindu-Buddhis di Temasek.      

                            DWI-BUDAYA ISTIADAT SANG HYANG SAGUNTANG

1.21   Dalam kontek kebudayaan singkretisme Hindu-Budddhis ‘ Sailendravamsa' termaksud, jelas termaklum ertikata “dewa” itu adalah perihal mitos didalam ethos Hinduisme. Buddhisme tidak mempraktis doktrin para pendewaan tuhan. Intipati pengabungan atau cantuman adat-istiadat Melayu-Sailendra yang telah terhasil, justeru, wujudlah perinteraksian Dwi-Budaya Hindu-Buddhis. Raja-raja Sang Hyang Sailendra kian menunaikan adat-adat istiadat pertabalan yang berkacukkan aliran Sivait-Mahayana yang kian terhasil:-
  • Dibisikkan tahkik “(Rahsia) Usul Pemerintah” cara Buddhis. Dalam pembisikkan kementaraan Buddhis (oleh Sang Mahaguru) diselitkan juga usul nama Sang Dewa mitos KeHinduan. 
  • Dapunta Hyang” kian diuji kecekalannya; bertafakur tidak diizinkan bergerak beberapa lama secara Buddha bertapa. Dipalukan pula dengan iringan pancaragam muzik kementeraan ala-Hindu. 
  • Bermandi ‘ Sampat’ gara-gara Hindu membersih batin dengan air “NARA ” @“Gangges”.  Namun , diperlukan naik ke mercu lima tingkat paras Panca Persada demi persiraman itu. Gara-gara ini adalah simbolis menjejaki tradisi Buddha mendaki ketinggian pencabaran lima paras  ke puncak “NIRVANA ” Gunung Sumeru. 
  
RUMUSAN

1.22  Adakah temadun-temadun bebangsa atau agama lain yang sama, mahupun sehampir mirip bertatacara penginteraksian antara 'Alam Nyata dengan 'Alam Ghaib, seperti yang diketahui berlaku dalam adat-istiadat Budaya Sailendra-Srivijaya ? 

1.23  Sepertimana yang patut kita fahami, adat Srivijaya ialah sebuah gabungan adat-adat istiadat HINDU-BUDDHIS. Fakta dan faktor itu sahaja sudah pun memadai, membuktikan bahawa sudah tentu budaya yang terpraktis oleh Kerajaan2 Srivijaya sepanjang usia dan riwayat nya wujud di 'Alam Teratai Melayu ini ~ dikira agak amat "muda" !!! ADAT2-ISTIADAT TEMADUN HINDU DAN BUDDHIS YANG DI BENUA INDIA ADALAH JAUH LEBIH TUA DARIPADA YANG DI NUSANTARA MELAYU INI. Dan Temadun-temadun mereka itulah yang telah meluahkan pengaruhnya terhadap segala adat-adat-istiadat dan adab bahasa yang terpraktis oleh Kerajaan kerajaan Srivijaya. 

1.24  Sebagai contoh, merenungi usul simbolisme bentuk pembangunan batu-batu PIRAMID Firaun di Kaherah itu dilihat amat bermirip prinsip (formula) fenomena mistik “Gunung Empat Penjuru Ghaib” India-Raya yang terpraktis oleh tamadun Melayu-Sailendra dengan erti kata (Bukit) “Seri Saguntang Mahameru”.  Bagi yang sudah menyelami ilmu 'ALAM EMPAT PENJURU METAFIZIK [2] ~dan sudah pun penulis perjelaskan nya tadi ~ dapat direnungi jelas pada Candi Borobudur yang ditauliahi atas kemahuan Raja Pemerintah Sailendra-Srivijaya dari Pulau Andalas.

Candi Borobudur tersergam di Padang Kedu, Jawa Tengah. 
Pada asasnya menghakiki gegunung Sumeru Buddhisme Mahayana. 
Ianya berfungsi selaku Stupa, Mandala, tempat berMudra dan berkuliah Sutra. 

Simbolisme puncak Sumeru inilah yang diertikan oleh Melayu-Sailendra sebagai SERI SAGUNTANG MAHAMERU. Monumen timbunan batu-batu berukir buatan Sailendra ini telah didirikan pada 760m-830m

1.25  Tamadun-tamadun yang berkenaan zaman silam semuanya mempraktisi kepercayaan berkenaan dengan “bersolok” dan pengujian di gunung-ganang bagi Raja-raja Pemerintah nya. Di puncak-puncak timbunan tinggi adalah tempat sesaorang berinteraksi dengan Tuhan; dan pada ketikanya kemudian, di temapt yang sama justeru batin nya dapat dipisahi dari zahirnya. Upacara seperti ini sudah diketahui wujud pada zaman-zaman Raja-Raja di alam Timur Tengah, menunjukkan bahawa ilmu memperolehi tenaga kesaktian menerusi sains “METAFIZIK” [2] telah pun menjadi amalan semenjak beribu-ribu tahun nan lampau !!! Tradisinya adalah mempraktisi upacara tersebut di puncak-puncak gunung mahu pun di mercu bukit-bukit nan hening dan damai yang tertentu. 

 1.26  Seni sastera Buddhis mahupun Hindu sebaliknya adalah beradaptasikan mithologi budaya pra-Vedik [1] (di India) ~  dan ia adalah berpunca kepercayaan dari Timur Tengah semenjak zaman suku kaum pra-Aryani ; di mana telah tertubuh peradaban kebudayaan bangsa Iran di tebing Sungai Indus. Di situ terbangun sebuah metropolis bernama Mohenjodaro semasa 2000 sebelum masihilagi.Tambun kotaraya Mahenjodaro itu sudah pun
membedung corak kebudayaan yang rapat bermirip budaya dari kawasan BABILONIA [3].

1.27  Maka dengan tidak secara langsung ~ bolehlah kita menerima hakikat bahawa ~ budaya yang diadaptasikan di alam Teratai Srivijaya kita ini, juga, adalah asal berpunca dari Timur Tengah (!!!) ~ menerusi bumi India.

1.30  Itulah pola tamadun-tamadun manusia dahulukala. Perhatikan kesamaan fundamental budaya universal zaman berzaman ini dengan rational formula tradisi yang akan dibentangkan dalam kerts-kertas persembahan yang lain pada kemudian masa ... ... ... InsyaAllah.

FOOTNOTES :    
[1] Kota-kota maritim Emporium Srivijaya ; Emporium ini dilambangi dgn simbol sekuntum bunga teratai. Setiap satu kelopak teratai itu mewakili satu jajahan Empayar Srivijaya. Bagi setiap satu jajahan termaksud akan mempunyai setidak-tidaknya satu pelabuhan @ pengkalan terutama yg menjadi pusat kawasan termaksud.

[2] Kupasan oleh Raja Ahmad Shah Al-Haj, pengfalsafah metafizik.Tenaga universal itulah yang disebut ‘semangat’,berbanding dgn perkataan ‘sang’ semangat.

[3] Zaman Vedik; c. 1500 B.C. ~ 500 B.C. Veronica Ions, Indian Mythology m/s 14 – 23. Falsafah Upanishad bertunas 1700 B.C. ibid m/s39. Hindu proto mengupas adanya satu rohani agung dan manusia yg mendalami pertapaan dpt menjadi sebati dgn Roh Universal itu. Buddhisme tlh menerima & memajukan ilmiah induk ini menjelang c. 500 B.C.

[4] Nirvana; = Alam syurga (Buddhis) 
Dharma; = Hakikat yg tersirat (Buddhis) = (Islam  Qadar & Qadaq)

[5] Tenaga Halilintar; topik perihal ‘Mistik Tenaga Halilintar’  masih BELUM dikemukakan

[6] Temubual dgn Allahyarham Tok Nara Tua & Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang.

[7] John Miksic, Marcello & A. Tranchini: Borobudur Periplus Editions (HK) Ltd, 1994.

[8] Lihat gambar ‘Rangka bangunan Panca “Prashada” m/s 6 bab ini.

[9] @ (Sanskrit) “Prashada” = Tempat yg terasing & istimewa.
       ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Siva sedang menunggang khadam setianya Nandi. Dlm mithologi Hindu, Siva ampunya sifat-sifat amat Mulia; paling tersohor selaku ~"The Destroyer of Evil and Crimes of the World" ~ yakni, berperanan @ Sang Pemusnah Kejahatan & Jenayah di Duniawi.

No comments:

Post a Comment