Sunday 4 November 2012

Salasilah YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang - Bahagian 1



Tengku Busu
(18??-18??)
(Negeri Siak Seri Inderapura, Sumatera, Indonesia)



Raja Dagang
(18??-18??)


Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin
(1874 - 26.11.1959)

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau menjawat jawatan Orang Besar 16, Negeri Perak Darul Ridzuan bergelar YM Tok Seri Indera Jaya dan gelaran ini dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azam Shah. Pernah menjawat jawatan Penghulu Batu Kurau (1908-1910) dan Penghulu Bagan Serai. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu:
i. YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah ibn Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone(?-1938). Bonda kepada YM Raja Aishah berasal daripada Kerabat Diraja Siak Sri Inderapura iaitu YM Raja Banun bt. Raja Thith Hitam bin Raja / Tengku Hussein ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1718-1722 dan Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) - . Beliau mangkat dan dimakamkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

ii. YM Raja Sa’adiah bt. Raja Mahadi (?-?). Menurut sumber lisan, beliau berasal dari Beruas, Perak Darul Ridzuan. Beliau mangkat dan dimakamkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang telah mangkat pada hari Khamis 26 November 1959 bersamaan 25 Jamadil Awwal 1379H, jam 12.23 pagi ketika berusia 95 tahun di Petaling Jaya, Selangor dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan umur beliau berdasarkan maklumat daripada batu nesan ternyata agak kurang tepat kerana umur beliau yang hampir tepat ialah 85 tahun. Hal ini bermakna beliau dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau dianugerahkan 10 orang anak iaitu 4 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan manakala 3 orang lagi tidak diketahui (bermungkinan meninggal dunia sejak kecil). Semua anaknya itu merupakan hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertamanya sahaja.

YM Raja Yong Arba’ayah bt. Raja Shahbudin “Chor @ Yan” (30 Julai 1903- 8 November 1976). Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamaral Bahrain "Ami Wok" b. Raja Hj. Yahya b. Raja Mohammad Ali b. Raja Alang Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) (1901-24 April 1965) yang pernah menjawat jawatan Asst. Inspector of Malay School di Tapah, Perak Darul Ridzuan. YM Raja Yong Arba’ayah mangkat di Ipoh pada tahun 1975 dan dikebumikan di Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau dan suaminya dianugerahkan 5 orang cahaya mata. Sila lihat carta salasilah 2.

YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Ngah” (1903-21.10.1966). Beliau pernah bertugas sebagai Settlement Officer di Kampar, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
i. YM Raja Halimah bt. Tok Muda Imam Paduka Tuan Raja Chik Abdul Hamid bin Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya bin Raja Daud Shahid (Tengku Busu) ibn Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman ibn Almarhum Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mangkat di Balai, Sultan Siak Sri Inderapura III, memerintah 1760-1761 & 1779-1781) ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Muzaffar Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @ Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1717-1722; Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) . (1907-26 Oktober 1970)
ii. YM Engku Syarifah Hamidah @ “Raja Dah” bt. Raja Hj. Yahya bin Raja Mohammad Ali b. Raja Alang Syed Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) . (1908-1989)
Beliau mangkat di Gunung Rapat, Ipoh pada 21 Oktober 1966 dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Beliau dianugerahkan 6 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan kedua.. Sila lihat carta salasilah 3.

YM Raja Lope Zainuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Muda” (28.11.1910-21.04.1968). Beliau dilahirkan pada 28 November 1910 dan mendapat pendidikan di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau pernah menjadi Asst. Penghulu di Parit Buntar (16.11.1937-1.12.1939) dan Kuala Kurau (22.04.1940-1.12.1946). Selain itu, beliau kemudiannya dilantik pula menjadi penghulu di beberapa mukim di negeri Perak seperti Penghulu II Selinsing (1947-1951), Penghulu Kroh (1951-1953), Penghulu Chegar Galah, Kuala Kangsar (1953-1960) dan jawatan terakhirnya ialah Penghulu mukim Teja (01.01.1961-21.04.1968), daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
i. YM Syarifah Alauyah bt. Syed Nong Mustafa b. Syed Abdullah al-‘Attas (1920?-1991) – Bercerai.
ii. Pn. Mek Halus. Beliau berasal dari Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. Bercerai.
iii. [17 Julai 1946] Pn. Hjh. Puteh bt. Ahmad b. Abdullah @ Kee Hup Keong anak lelaki Kee Tek Kooi, J.P. anak lelaki Kee Lai Huat anak lelaki Kee Choe Imm (23 Julai 1925 - 10 September 2004)
Beliau mangkat di Hospital Batu Gajah dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada hari Ahad, 21 April 1968 bersamaan 22 Muharram 1388H. Beliau dianugerahkan 14 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan yang ketiga. Sila lihat carta salasilah 4.

YM Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbudin “Raja Mimi” (1914-1944). Beliau dilahirkan pada tahun 1914. Beliau telah berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Mohamad b. Raja Ngah Kahar b. Raja Jaafar dari Langkat, Sumatera (1910 - 25 Januari 1965) pada 18 Mac 1935. Beliau mangkat dan dimakamkan di Chenderiang, Perak Darul Ridzuan pada tahun 1944 ketika melahirkan anaknya yang kelima. Beliau dianugerahkan 5 orang anak perempuan. Sila lihat carta salasilah 5.

YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbudin (? -1936). Tidak diketahui tarikh lahirnya. Menurut maklumat lisan, beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar b. Raja ?, seorang guru sekolah Melayu. Beliau dipercayai mangkat pada tahun 1936 ketika melahirkan anak.

( ?)

(?) TIDAK DIKETAHUI

(?)

Y. Bhg. M Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj b. Raja Shahbudin “Che Lan” PSM, DSMP, JSM, PJK. (11.06.1924-22.12.2008). Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1924 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1936 hingga 1940 dan kemudiannya menyambung pengajian kedoktoran di King Edward VII School of Medicine di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1946 hingga 1956. Beliau juga merupakan doktor Melayu yang terawal di Malaysia. Jawatan tertinggi yang disandang olehnya ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1980. Beliau juga berkhidmat dengan WHO yang berpengkalan di Filipina daripada tahun 1980 hingga 1985 dan Pengerusi Eksekutif Koperasi Doktor Malaysia Berhad atau Malaysian Doctors Cooperative Limited. Beliau telah berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah bt Hj. Abdul Wahab b. Hj. Abdul Hamid yang dilahirkan pada 15 Januari 1935 di York Hill, Singapura dan mereka berkahwin pada 28 November 1957. Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Hamid dan Hjh. Asmah bt. Hj. Hussien b. Abdul Ghani. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah pernah bertugas sebagai jururawat. Beliau mangkat pada 22 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 10.46 malam ketika berusia 84 tahun. Beliau disahkan mangkat oleh Dr. Wint Wint Thu Nyunt (Myanmar) yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Sarjana di hospital berkenaan. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara (A1511)* pada 23 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H.

YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbudin “Che Din” (16.06.1928-12.08.2001). Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan pada 16 Jun 1928 dan pernah bertugas dengan Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
i. [14 Disember 1949] YM Raja Zaharah bt. Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla, Luwuk, Sulawesi (1931-15 November 1990). Beliau merupakan anak kepada pasangan YM Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla dengan YM Raja Yon Hasmah bt. Raja Mahadi b. Raja Omar b. Raja Ngah Makah  bin Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone– Bercerai.
ii. [27 Mac 1973] Pn. Robiayah bt. Shaik Kathee (14 Disember 1945). Bercerai.
iii. [15 Februari 1997] Pn. Haminah bt. Mohd. Nordin “Mak Jan” (18 Februari 1948)
Beliau mangkat di Taiping pada 12 Ogos 2001. Beliau dianugerahkan 11 orang cahaya mata melalui perkahwinan pertamanya sahaja.

No comments:

Post a Comment