Sunday, 4 November 2012

Kamu ni dari golongan keturunan daeng selili yang merajuk lari ke Pulau Bentan, pahang, johor dan lain lain.
Memang tidak dinafikan keturunan Daeng Selili agak huru hara selepas keturunan raja mahkota direndahkan dan dijatuhkan akibat perebutan kuasa.Paling ketara apabila british masuk campur tangan. Kekuatan Daeng Selili disebabkan Amat disayangi oleh Raja Mahkota dan amat dicemburui oleh semua daeng daeng yang lain.Apabila jatuhnya keturunan Raja mahkota maka jatuh la semua keturunan yang rapat. Yang amat memalukan ialah keturunan sekarang Daeng Selili dah ada pula yang hendak menjadi raja dan lupa diri. Jika mengaku keturunan digelar Daeng tetapi tidak kenal dan hormat Raja mahkota atau raja bugis sendiri, elok jangan mengaku bugis.
cari punya cari base on 2 juga.,
cari silsilah base on apa?terpulanglah.kalau nak declare ini itu begini begitu kalau base on 2 kene ikut salurannya juga.

itulah yang dikatakan ahli mengenal ahli.
kalau nak declare dia seorang pewaris yang sah base on apa?
siapakah yang nak sahkan.berbanding kalau nak declare dia hanya seorang waris waris.
sebab it base on 2 juga.yang ditinggalkan hanya 2. nak declare raja keturunan Ahlul-Bait kene base on 2 juga.
ilmu nasab musti ade related base on 2 juga.

cari punya cari at the end taat kepada Nabi maka taatlah kepadaNYA.
kalau dah cari punya cari bukan base on 2 lama2 syok sendiri.
harap faham.pandangan mata hati dengan mata zahir berbeza!berbeza dengan hati yang mati.
cakap memang mudah nak laksanakan memang susah.
La hawla wa la quwwata illa billah-al 'alii-al 'adheem

Salasilah YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang - Bahagian 1



Tengku Busu
(18??-18??)
(Negeri Siak Seri Inderapura, Sumatera, Indonesia)



Raja Dagang
(18??-18??)


Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin
(1874 - 26.11.1959)

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau menjawat jawatan Orang Besar 16, Negeri Perak Darul Ridzuan bergelar YM Tok Seri Indera Jaya dan gelaran ini dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azam Shah. Pernah menjawat jawatan Penghulu Batu Kurau (1908-1910) dan Penghulu Bagan Serai. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu:
i. YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah ibn Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone(?-1938). Bonda kepada YM Raja Aishah berasal daripada Kerabat Diraja Siak Sri Inderapura iaitu YM Raja Banun bt. Raja Thith Hitam bin Raja / Tengku Hussein ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1718-1722 dan Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) - . Beliau mangkat dan dimakamkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

ii. YM Raja Sa’adiah bt. Raja Mahadi (?-?). Menurut sumber lisan, beliau berasal dari Beruas, Perak Darul Ridzuan. Beliau mangkat dan dimakamkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang telah mangkat pada hari Khamis 26 November 1959 bersamaan 25 Jamadil Awwal 1379H, jam 12.23 pagi ketika berusia 95 tahun di Petaling Jaya, Selangor dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan umur beliau berdasarkan maklumat daripada batu nesan ternyata agak kurang tepat kerana umur beliau yang hampir tepat ialah 85 tahun. Hal ini bermakna beliau dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau dianugerahkan 10 orang anak iaitu 4 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan manakala 3 orang lagi tidak diketahui (bermungkinan meninggal dunia sejak kecil). Semua anaknya itu merupakan hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertamanya sahaja.

YM Raja Yong Arba’ayah bt. Raja Shahbudin “Chor @ Yan” (30 Julai 1903- 8 November 1976). Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamaral Bahrain "Ami Wok" b. Raja Hj. Yahya b. Raja Mohammad Ali b. Raja Alang Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) (1901-24 April 1965) yang pernah menjawat jawatan Asst. Inspector of Malay School di Tapah, Perak Darul Ridzuan. YM Raja Yong Arba’ayah mangkat di Ipoh pada tahun 1975 dan dikebumikan di Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau dan suaminya dianugerahkan 5 orang cahaya mata. Sila lihat carta salasilah 2.

YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Ngah” (1903-21.10.1966). Beliau pernah bertugas sebagai Settlement Officer di Kampar, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
i. YM Raja Halimah bt. Tok Muda Imam Paduka Tuan Raja Chik Abdul Hamid bin Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya bin Raja Daud Shahid (Tengku Busu) ibn Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman ibn Almarhum Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mangkat di Balai, Sultan Siak Sri Inderapura III, memerintah 1760-1761 & 1779-1781) ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Muzaffar Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @ Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1717-1722; Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) . (1907-26 Oktober 1970)
ii. YM Engku Syarifah Hamidah @ “Raja Dah” bt. Raja Hj. Yahya bin Raja Mohammad Ali b. Raja Alang Syed Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) . (1908-1989)
Beliau mangkat di Gunung Rapat, Ipoh pada 21 Oktober 1966 dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Beliau dianugerahkan 6 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan kedua.. Sila lihat carta salasilah 3.

YM Raja Lope Zainuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Muda” (28.11.1910-21.04.1968). Beliau dilahirkan pada 28 November 1910 dan mendapat pendidikan di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau pernah menjadi Asst. Penghulu di Parit Buntar (16.11.1937-1.12.1939) dan Kuala Kurau (22.04.1940-1.12.1946). Selain itu, beliau kemudiannya dilantik pula menjadi penghulu di beberapa mukim di negeri Perak seperti Penghulu II Selinsing (1947-1951), Penghulu Kroh (1951-1953), Penghulu Chegar Galah, Kuala Kangsar (1953-1960) dan jawatan terakhirnya ialah Penghulu mukim Teja (01.01.1961-21.04.1968), daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
i. YM Syarifah Alauyah bt. Syed Nong Mustafa b. Syed Abdullah al-‘Attas (1920?-1991) – Bercerai.
ii. Pn. Mek Halus. Beliau berasal dari Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. Bercerai.
iii. [17 Julai 1946] Pn. Hjh. Puteh bt. Ahmad b. Abdullah @ Kee Hup Keong anak lelaki Kee Tek Kooi, J.P. anak lelaki Kee Lai Huat anak lelaki Kee Choe Imm (23 Julai 1925 - 10 September 2004)
Beliau mangkat di Hospital Batu Gajah dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada hari Ahad, 21 April 1968 bersamaan 22 Muharram 1388H. Beliau dianugerahkan 14 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan yang ketiga. Sila lihat carta salasilah 4.

YM Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbudin “Raja Mimi” (1914-1944). Beliau dilahirkan pada tahun 1914. Beliau telah berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Mohamad b. Raja Ngah Kahar b. Raja Jaafar dari Langkat, Sumatera (1910 - 25 Januari 1965) pada 18 Mac 1935. Beliau mangkat dan dimakamkan di Chenderiang, Perak Darul Ridzuan pada tahun 1944 ketika melahirkan anaknya yang kelima. Beliau dianugerahkan 5 orang anak perempuan. Sila lihat carta salasilah 5.

YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbudin (? -1936). Tidak diketahui tarikh lahirnya. Menurut maklumat lisan, beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar b. Raja ?, seorang guru sekolah Melayu. Beliau dipercayai mangkat pada tahun 1936 ketika melahirkan anak.

( ?)

(?) TIDAK DIKETAHUI

(?)

Y. Bhg. M Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj b. Raja Shahbudin “Che Lan” PSM, DSMP, JSM, PJK. (11.06.1924-22.12.2008). Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1924 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1936 hingga 1940 dan kemudiannya menyambung pengajian kedoktoran di King Edward VII School of Medicine di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1946 hingga 1956. Beliau juga merupakan doktor Melayu yang terawal di Malaysia. Jawatan tertinggi yang disandang olehnya ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1980. Beliau juga berkhidmat dengan WHO yang berpengkalan di Filipina daripada tahun 1980 hingga 1985 dan Pengerusi Eksekutif Koperasi Doktor Malaysia Berhad atau Malaysian Doctors Cooperative Limited. Beliau telah berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah bt Hj. Abdul Wahab b. Hj. Abdul Hamid yang dilahirkan pada 15 Januari 1935 di York Hill, Singapura dan mereka berkahwin pada 28 November 1957. Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Hamid dan Hjh. Asmah bt. Hj. Hussien b. Abdul Ghani. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah pernah bertugas sebagai jururawat. Beliau mangkat pada 22 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 10.46 malam ketika berusia 84 tahun. Beliau disahkan mangkat oleh Dr. Wint Wint Thu Nyunt (Myanmar) yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Sarjana di hospital berkenaan. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara (A1511)* pada 23 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H.

YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbudin “Che Din” (16.06.1928-12.08.2001). Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan pada 16 Jun 1928 dan pernah bertugas dengan Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
i. [14 Disember 1949] YM Raja Zaharah bt. Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla, Luwuk, Sulawesi (1931-15 November 1990). Beliau merupakan anak kepada pasangan YM Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla dengan YM Raja Yon Hasmah bt. Raja Mahadi b. Raja Omar b. Raja Ngah Makah  bin Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone– Bercerai.
ii. [27 Mac 1973] Pn. Robiayah bt. Shaik Kathee (14 Disember 1945). Bercerai.
iii. [15 Februari 1997] Pn. Haminah bt. Mohd. Nordin “Mak Jan” (18 Februari 1948)
Beliau mangkat di Taiping pada 12 Ogos 2001. Beliau dianugerahkan 11 orang cahaya mata melalui perkahwinan pertamanya sahaja.

yang baru dalm salsilah

YM Tok Seri Indera Jaya YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu merupakan inisiatif dan kajian bersifat peribadi yang dijalankan selama sebelas tahun yang lalu. Penulisannya telah dimulai sejak tahun 1997 lagi. Tujuan utama penulisan salasilah ini adalah untuk mengetahui secara jelas tentang asal-usul jurai keturunan ini di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu yang tinggal di seluruh pelosok tanah air.

Secara jujur, penulisan dan penyusunan salasilah keluarga ini amatlah rumit kerana tiada sebarang usaha awal penyusunan salasilah tersebut oleh generasi terdahulu di samping kesukaran memperoleh maklumat secara bertulis. Kajian dan pengumpulan maklumat-maklumat berkaitan dengan salasilah keluarga ini boleh dibahagikan kepada 2 kaedah, iaitu menggunakan kaedah temu bual dengan kaum keluarga dan kaedah kajian bersifat kepustakaan. Berkenaan dengan kaedah temu bual, saya bersama-sama bapa saya YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin telah menziarahi kaum keluarga di merata-rata tempat semata-mata untuk mendapatkan apa sahaja maklumat lisan berkenaan salasilah keluarga. Setiap maklumat yang diperolehi akan direkodkan serta diberi penilaian semula. Di samping itu, saya juga bertungkus-lumus mencari maklumat-maklumat bertulis daripada rekod-rekod rasmi kerajaan di Arkib Negara Malaysia (Kuala Lumpur), buku-buku ilmiah, internet dan apa-apa sahaja bahan bertulis tentang sejarah dan salasilah raja-raja di kawasan Sumatera (Indonesia) dan Malaysia. Hal ini bertujuan untuk memastikan maklumat-maklumat dalam salasilah ini sahih dan tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai autoriti.

Sebarang penulisan dan penyusunan salasilah ini tidak akan dapat disempurnakan sekiranya tanpa sebarang usaha dan bantuan daripada pihak-pihak tertentu. Justeru, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Y. Bhg. Mulia Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj b. Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin kerana sudi memberi sedikit sebanyak maklumat serta menyokong penuh usaha penulisan dan penyusunan salasilah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada isteri beliau, Y. Bhg. Puan Seri Datin Seri Hjh. Saliah bt. Abdul Wahab kerana sudi membawa saya bersama bapa saya menziarahi makam moyang saya (YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin yang bertungkus lumus membawa saya bertemu dengan ahli-ahli keluarga kami serta memberi maklumat awal berkaitan dengan salasilah keluarga kami. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Almarhum YM Raja Hj. Abd. Hafidz b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin, Almarhum YM Raja Kamaruddin b. Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin dan Allahyarhamah Hjh. Puteh bt. Ahmad (Opah) yang telah banyak menghulurkan bantuan khususnya dalam menyampaikan maklumat-maklumat lisan tentang salasilah keluarga ini. Selain itu, saya juga amat terhutang budi kepada YM Raja Mushar b. Raja Ahmad, YM Raja Saidatul Zahariah bt. Raja Lope Shaharuddin, dan YM Raja Saidatul Zaharian bt. Raja Lope Shaharuddin kerana turut menyampaikan serta menyediakan maklumat lisan dan bertulis kepada saya tentang hubungan keluarga mereka dengan keluarga YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada YM Raja Saidatul Zaharian yang telah sudi meminjamkan saya sekeping gambar YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin untuk dicetak semula bagi tatapan kami sekeluarga dan generasi akan datang. Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ayah Man (En. Norman Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj) yang telah bertungkus lumus merekodkan maklumat salasilah keluarga ini ke dalam laman web Geni.com, mengirimkan laman-laman web berkenaan Kerajaan Siak Seri Inderapura kepada saya untuk tujuan kajian di samping mengambil berat tentang perkembangan penulisan salasilah ini. Hanya ALLAH S.W.T. sahajalah yang akan membalas budi baik kalian. Tidak dilupakan juga kepada seluruh kaum keluarga YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin yang telah sudi menghulurkan bantuan dan sokongan sepanjang usaha murni ini dilaksanakan.

Saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja daripada mana-mana generasi keturunan YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu untuk menjadikan maklumat salasilah ini sebagai rujukan utama ketika mereka merekodkan salasilah mereka dan turut serta menyambung usaha murni ini pada masa hadapan untuk tatapan generasi akan datang.

Sekian, wassalam.
Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”.

Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.

Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.

Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...”
(Surah an-Nisa’: 1)

Berdasarkan ayat al-Quran ini jelaslah kepada kita bahawa menjaga hubungan silaturahim sesama kaum kerabat itu amatlah dituntut oleh Islam.

suatu cerita baru

aya dan ayahanda saya telah berkesempatan mengunjungi YM Raja Ali bin Raja Amran (keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I "Marhum Durian Sebatang" yang memerintah negeri Perak pada tahun 1851-1857), seorang pakar rujuk Salasilah Diraja Perak di kediamannya di Persiaran Raja Bendahara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Pertemuan itu turut dihadiri oleh YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof (keturunan Diraja Bugis Riau) dan juga YM Raja Azmir (keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II "Marhum Habibullah" yang memerintah negeri Perak pada 1874-1877).

Dalam pertemuan tersebut, kami telah berbincang tentang banyak perkara berkenaan keluarga saya, khususnya tentang almarhum moyang saya, YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang serta tentang isteri beliau, almarhumah YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah. Perbincangan selama beberapa jam tersebut membuahkan hasil yang positif. Akhirnya baharulah saya mengetahui bahawa saya ini juga mempunyai kaitan dengan Kerabat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Kerabat Diraja Bugis Bone dari Sulawesi Selatan melalui moyang perempuan, YM Raja Aishah bt. Raja Makah. Keluarga moyang perempuanku ini berasal daripada sebuah keluarga yang besar dan mempunyai hubungan persemendaan dengan keluarga yang bangsawan Perak yang lain.

Daripada pertemuan ini, saya juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan saudara mara yang tak pernah saya temui sebelum ini. Saya telah berkesempatan menemui YM Raja YM Ahmad Kamar bin Raja Adenan (bapa saudara dua pupu ayahanda saya), YM Raja Nor Uyun bt. Raja Adenan (ibu saudara dua pupu), YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof (abang saudara tiga pupu), YM Raja Idris bin Raja Musa (bapa saudara dua pupu), dan YM Raja Ahmad Marzuki b. Raja Zainal Abidin (bapa saudara dua pupu). Alhamdulillah, hubungan kami sangat erat dan mesra padahal kami sebelum ini langsung tidak pernah bertemu. Selain itu, saya juga turut menghubungi saudara tiga pupu seperti YM Raja Zarina bt. Raja Ahmad Kamar dan YM Raja Zulkifli bin Raja Ahmad Kamar.

Proses pencarian salasilah keluarga saya di Bukit Chanda, Kuala Kangsar benar-benar mendatangkan hasil yang positif. Saya amat terhutang budi kepada YM Raja Ali bin Raja Amran dan YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof kerana banyak membantu saya dalam menulis salasilah keluarga kami. Mereka juga sanggup meluangkan waktu untuk menemani saya ke Ipoh dan ke Beruas semata-mata untuk mencari saudara mara di sana. Berkat pertolongan mereka itu membolehkan saya dan ayahanda saya menemui YM Raja Khatijah bt. Raja Mahmud dan keluarga serta YM Raja Hussein sekeluarga. Selain itu, mereka juga banyak meminjamkan saya salasilah yang ditulis oleh mereka berdua dan saya kira maklumat yang diberikan itu semestinya amat berharga.

Jasa YM Raja Ahmad Kamar bin Raja Adenan juga tidak saya lupakan. Beliau telah meminjamkan saya sekeping salasilah keturunan YM Tok Engku Daeng Peratis kepada saya untuk disalin semula. Penemuan maklumat salasilah terbaru ini pada saya amatlah berbaloi dengan usaha saya yang tidak mengenal erti jemu. Peluang untuk bertemu dengan ramai orang ini sekali gus memberi pendedahan kepada saya cara untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Di samping itu, kita akan dapat menyambung hubungan tali silaturahim antara kaum kerabatyang sudah lama terputus.

Saya berdoa agar selepas ini saya bertemu juga dengan salasilah nenek moyang saya sebelah lelaki pula, Insya-Allah...........

dari zuriat sultan perak

1. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayat Shah ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Kaharullah – Sultan Perak ke-15, memerintah 1754-1764) . - Melalui zuriat Raja Alang Radin ibn Sultan Muda Alauddin dan Raja Hitam bt. Sultan Muda Alauddin (bersama suaminya Syed Ben Yahya).


2. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Mahmud Shah II ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda – Sultan Perak ke-16, memerintah 1764-1733). - Melalui zuriat Raja Bendahara Mahmud ibn Raja Kechil Muda Ibrahim ibn Sultan Mahmud Shah II (Marhum Sayong).


3. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Sulong – Sultan Perak ke-17, memerintah 1733-1786). - Melalui zuriat Raja Kechil Sulong Idris ibn Raja Ismail ibn Raja Kechil Sulong Abdul Rahman ibn Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda.

4. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Bongsu – Sultan Perak ke-18, memerintah 1786-1806). A) Melalui zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Jamalullah, Sultan Perak ke-19, memerintah 1806-1825) melalui anakanda baginda, Raja Che Puan Busu bt. Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang berkahwin dengan Raja Kechil Tengah Ahmad (Daik).

i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Jaafar Mua’zzam Shah ibn Raja Kechil Tengah Ahmad (Marhum Waliullah – Sultan Perak ke-23, memerintah 1850-1865).

ii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibn Sultan Jaafar Mu’azzam Shah (Marhum Habibullah – Sultan Perak ke-26, memerintah 1874-1876).

iii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah ibn Raja Muda Musa ibn Sultan Jaafar Mu’azzam Shah (Marhum Ni’matullah – Sultan Perak ke-31, memerintah 1938-1948).

iv) Zuriat Raja Bendahara Alang Iskandar ibn Raja Kechil Tengah Ahmad (Marhum Teja). v) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Adzam Shah ibn Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Rahmatullah – Sultan Perak ke-28, memerintah 1887-1916).

vi) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah ibn Sultan Idris I (Marhum Radhiallah – Sultan Perak ke-29, memerintah 1916-1918). vii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibn Sultan Idris I (Marhum Kaddasallah – Sultan Perak ke-30, memerintah 1918-1938).

B) Melalui zuriat Raja Inu ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Salleh al-Aman). i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah ibn Sultan Shahabuddin Riayat Shah ibn Raja Inu ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Najiullah – Sultan Perak ke-24, memerintah 1865-1871).

C) Melalui zuriat Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin (Marhum Kg. Mengkasar).

i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibn Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum A’tikullah @ Marhum Durian Sebatang – Sultan Perak ke-22, memerintah 1841-1850).

ii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah ibn Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibn Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Gharirullah – Sultan Perak ke-27, memerintah 1877-1887).

5. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah ibn Raja Sheikhul Amin (Siak) (Marhum Mangkat di Skudai – Sultan Perak ke-25, memerintah 1871-1874).