Sunday 4 November 2012

CUSTOMARY INSTALLATION
The Installation Ceremony begins with Dato' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA bringing in the AL-QURAN into the Balairong Seri.  He is accompanied by the STATE MUFTI together with RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA who carries the STATE SWORD CURA SI MANJA KINI.  The three are escorted and preceded by PANGLIMA DALAM, the PANGLIMA PERANG KANAN and the PANGLIMA PERANG KIRI along with the BENTARAS, one on the left and one on the right.  Upon arrival in front of the Royal Dais, DATO' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA pays homage and seeks HIS ROYAL HIGHNESS' permission to place the AL-QURAN on a special table.  Following this RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA pays homage, bringing the tray bearing the STATE SWORD CURA SI MANJA KINI to the second level of the Royal Dais.  He presents it to HIS ROYAL HIGHNESS.

HIS ROYAL HIGHNESS receives the STATE SWORD, takes it out of its sheath and kisses it.

The Ceremony continues with TOH SERI NARA DI-RAJA entering the Balairong Seri and proceeding to the second level of the Royal Dais.  He presents the BEZOAR OF DEW (MESTIKA EMBUN) to HIS ROYAL HIGHNESS and whispers the ANCESTRAL SECRET MESSAGE while fixing the CAP HALILINTAR to the right ear of HIS ROYAL HIGHNESS.

It is then followed by the PROCLAMATION OF THE INSTALLATION OF HIS ROYAL HIGHNESS THE SULTAN by the ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA. The proclamation completed, the ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA moves three steps towards the Royal Dais and proceeds to acclaim 'DAULAT TUANKU' three times, repeated each time by all those present.  After the acclamation, HIS ROYAL HIGHNESS rises and nods to those present, after which he resumes his seat.  Then the ROYAL CEREMONIAL BAND beats forth the INSTALLATION BEAT (NOBAT TABAL) simultaneously with a twenty-one gun salute.

Having completed the Ceremony of the Installation of His Royal Highness, the ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA opens the Ceremony of the BESTOWAL OF THE ROYAL TITLE OF 'DULI YANG MAHA MULIA THE RAJA PERMAISURI' upon HER ROYAL HIGHNESS, by paying homage to HIS ROYAL HIGHNESS. He then seeks HIS ROYAL HIGHNESS blessings for HER ROYAL HIGHNESS to have audience with him.

HER ROYAL HIGHNESS, who is in full regalia, complete with GOLDEN ARMLETS (PONTOH ULAR LIDI), stands up and pays homage to HIS ROYAL HIGHNESS.  Then TOK RAKNA SENARI enters, pays homage and hands the BUNGA PENGAWA PENCARA to HIS ROYAL HIGHNESS who receives it and pins it to HER ROYAL HIGHNESS' hair.  Having done so, HER ROYAL HIGHNESS pays homage and kisses HIS ROYAL HIGHNESS' hand after which HIS ROYAL HIGHNESS invites her to take the seat beside him.  This is followed by the PROCLAMATION OF THE BESTOWAL by the ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.

The proclamation completed, the ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA proceeds to acclaim 'DAULAT' three times which is repeated each time by all those present.  In return, HER ROYAL HIGHNESS nods her head.

Having completed the PROCLAMATION OF THE BESTOWAL OF THE ROYAL TITLE, the RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA begins the CEREMONY OF SPRINGKLING THEIR ROYAL HIGHNESSES with LUSTRATION WATER (AIR PANCA BICARA).

After the SPRINKLING CEREMONY, there follows the reading of congratulatory messages by HIS HIGHNESS RAJA MUDA representing, the RAJA-RAJA AND TERRITORIAL CHIEFS (ORANG BESAR PERAK) a well as the congratulatory message and the pledge of loyalty by the HONOURABLE CHIEF MINISTER (MENTERI BESAR) OF PERAK on behalf of the Government and the people of Perak.

The Customary Installation Ceremony ends with the ROYAL SPEECH by HIS ROYAL HIGHNESS and the recitation of the blessings by SAHIBUL SAMAHAH, the STATE MUFTI.

The CUSTOMARY INSTALLATION is followed by the INVOCATION OF THE PERAK GUARDIAN SPIRITS and the following day THEIR ROYAL HIGHNESSES make a PILGRIMAGE to THE ROYAL GRAVES.  Since most of the ROYAL GRAVES are located along the river bank, the PILGRIMAGE is made  downstream in the ROYAL HOUSE BOAT, named 'CHEMPAKA SARI' specially built for the purpose.  The PILGRIMAGE ends with the Royal visit to the BETING BERAS BASAH in remembrance of the place where the first SULTAN OF PERAK was declared SULTAN in 1528
sya_sugar_sugar posted on 31-10-2006 11:24 PM
Originally posted by razifah at 31-10-2006 11:38 AM
CUSTOMARY INSTALLATION
The Installation Ceremony begins with Dato' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA bringing in the AL-QURAN into the Balairong Seri.  He is accompanied by the STATE MUFTI together with RA ...

HAAAAAAAAAAA...
Tu dia... KING Ifah tulung jawabkan....:ting:

yang mencari

aya ingin mencari keturunan dan saudara mara YM Almarhum Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin bin Raja Dagang di mana sahaja mereka berada.

Saya telah membuat kajian Arkib Negara pada bulan Jun 2008 tempoh hari dan saya dapati moyang saya pernah berkhidmat dengan Istana Negeri Perak sejak zaman DYMM Paduka Seri Sultan Idris Musyidul Azam Shah 1.

Berikut adalah butiran berkenaan moyang saya:

1. YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang bin Tengku Busu (berketurunan Siak Seri Inderapura)

2. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1874 dan mangkat pada 26 November 1959 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Jln. Ampang, Kuala Lumpur.

3. Pernah menjadi Penghulu Batu Kurau (1908-1910) dan Penghulu Bagan Serai, Perak.

4. Beliau dianugerahkan gelaran Tok Seri Indera Jaya (Orang Besar 16 Perak Darul Ridzuan)

5. Beliau mempunyai 2 orang isteri, iaitu YM Almarhum Raja Aisyah bt. Raja Makah (meninggal dunia -1938 di Teluk Intan, Perak) dan YM Almarhum Raja Saadiah bt. Raja Mahadi (asal Beruas, Perak)

5. Beliau dianugerahkan 10 orang cahaya mata, termasuk, datuk saya YM Almarhum Raja Lope Zainuddin bin Raja Shahbuddin (1910-1968 - Penghulu Teja) dan Y Bhg. Mulia Tan Sri Dato' Seri Raja Dr. Hj. Ahmad Noordin bin Raja Shahbuddin - mantan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada sesiapa yang mempunyai hubungan kerabat dengan moyang saya, sila hubungi:

YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin
Sekolah Menengah Teknik Pendang
Pokok Tai, 06720 Pendang
Kedah Darul Aman

Tel - 019-5611794

email - ibn_baharudin@yahoo.co.uk
Logged

--------------------------------------------------------------------------------



Raja Adley Paris Ishkandar
Junior Member


member is offline








Gender:
Posts: 60
Keterangan YM Raja Shahbuddin bin Raja Dagang
« Reply #1 on: Sep 14th, 2008, 1:45pm »

--------------------------------------------------------------------------------
Salasilah Ringkas YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin b. Raja Dagang (Siak)

YM Almarhum Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin b. Raja Dagang b. Tengku Busu ini berasal daripada keturunan diraja Siak Seri Inderapura, Sumatera, Indonesia. Beliau lahir sekitar tahun 1874 dan mangkat pada 26 November 1959 di Petaling Jaya dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Jln. Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau berkhidmat sebagai penghulu di beberapa buah mukim, termasuklah di mukim Batu Kurau (1908-1910) (jajahan Larut, Selama & Matang) dan Bagan Serai (Jajahan Kerian). Beliau dianugerahkan gelaran "Tok Seri Indera Jaya" oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan menjawat jawatan Orang Besar 16.

Beliau berkahwin dengan YM Raja Aishah bt. Ngah Raja Makah ibn Daeng Peratis (m.1938 di Teluk Intan, Perak) dan YM Raja Saadiah bt. Raja Mahadi (berasal dari Beruas, Perak).
Beliau dianugerahkan 10 orang cahaya mata (melalui perkahwinan pertamanya), iaitu:

1. YM Raja Yong Arba'ayah bt. Raja Shahbuddin "Yan" (1902-1975). Beliau dimakamkan di Pengkalan Pegoh, Perak. Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamaral Bahrain b. Raja Hj. Yahya b. Raja Mohamed Ali "Ami Wok" (1901-1965). Beliau dimakamkan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Mereka mendapat 5 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Shahruzzaman b. Raja Kamaral Bahrain "Che Besar" (1921-1963). Beliau berkahwin dengan YM Raja Izaani bt. Raja Abdul Malik ibn Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah II (Sultan Perak)
ii. YM Raja Hj. Shahrustan b. Raja Kamaral Bahrain (1924)
iii. YM Raja Shahrizan bt. Raja Kamaral Bahrain "Che Chor Zan" (m. 2003)
iv. YM Raja Mariam bt. Raja Kamaral Bahrain (1927-1991)
v. YM Raja Shahrin Nahrin bt. Raja Kamaral Bahrain "Wah @ Che Su" (1930-2001)


2. YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbuddin "Ayah Ngah" (1903-21 Oktober 1966). Beliau dimakamkan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
a) YM Raja Halimah bt. Raja Chik Abdul Hamid b. Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya b. Raja Daud Shahid @ Tengku Busu (1907-1970).
b) Engku Syarifah Hamidah bt. Raja Hj. Yahya (1908-1989)
Beliau mendapat 6 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Maheran bt. Raja Hj. Yeop Shaharuddin.
ii. YM Raja Puteh Mahiyah bt. Raja Hj. Yeop Shaharuddin (1928-1961)
iii. YM Raja Hj. Abdul Hafidz b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin "Yang Ahmad" (1930-2007)
iv. YM Raja Jaafar b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin (1931)
v. YM Raja Uda Al- Khalidy b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin (1932-1999)
vi. YM Raja Hasiah bt. Raja Hj. Yeop Shaharuddin "Amah" (1931-2003)


3. YM Raja Lope Zainuddin bin Raja Shahbuddin "Ayah Muda" (28 November 1910-21 April 1968). Beliau pernah berkhidmat sebagai penghulu di beberapa buah mukim, antaranya Mukim Teja (Gopeng, Perak). Beliau dimakamkan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:

a) YM Syarifah Alauyah bt. Syed Nong bt. Syed Abdullah al-'Attas (m.1991)
b) Mek Halus (berasal dari Kuala Kurau, Perak)
c) Hjh. Puteh bt. Ahmad @ Kee Hup Keong (1925-2004)
Beliau dianugerahkan 14 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Mokthar b. Raja Lope Zainuddin (1935-2004)
ii. YM Raja Fatimah bt. Raja Lope Zainuddin (1936-1964)
iii. YM Raja Zaharah bt. Raja Lope Zainuddin (1937)
iv. YM Raja Argayah bt. Raja Lope Zainuddin (1940)
v. YM Raja Hjh. Rahaini bt. Raja Lope Zainuddin (1941)
vi. YM Raja Adzhar b. Raja Lope Zainuddin (1947)

vii. YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin (1948). Beliau berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
a) Salina Kim bt. Abdullah @ Kim Eng a/p Endin Chai (1953).
b) Rohani bt. M. Saad (1961) - Bercerai
Hasil daripada kedua-dua perkahwinan itu, beliau mendapat 5 orang anak, iaitu:
(a) YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin (1978). Beliau juga merupakan penulis salasilah keluarga ini. Beliau berkahwin dengan Nirma Azura bt. Sulaiman b. Hj. Ismail b. Darus b. Budin b. Lebai Hassan (1982). Beliau mendapat seorang anak bernama:
YM Raja Idris Murshidul Azam Shah b. Raja Adley Paris Ishkandar Shah (2008).

(b) YM Raja Allen Jordan Izzuddin Shah b. Raja Baharudin (1981)
(c) YM Raja Dora Sophia Regina bt. Raja Baharudin (1986).
(d) YM Raja Shah Shameer b. Raja Baharudin (1991-1991)
(e) YM Raja Rima Shamerra bt. Raja Baharudin (1995)

viii. YM Raja Shahrome b. Raja Lope Zainuddin (1950)
ix. YM Mej. (B) Raja Kamaruzzaman b. Raja Lope Zainuddin (1952)
x. YM Raja Maheran bt. Raja Lope Zainuddin (1954-1955)
xi. YM Raja Shahriman b. Raja Lope Zainuddin (1956)
xii. YM Raja Azman b. Raja Lope Zainuddin (1957-1958)
xiii. YM Raja Dr. Zaitun bt. Raja Lope Zainuddin (1958)
xiv) YM Raja Izham b. Raja Lope Zainuddin (1959-1963)


4. YM Raja Mee Arbiah atau Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbuddin (1914-1944). Beliau dimakamkan di Chenderiang, Perak. Beliau berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Mohamad b. Raja Ngah Kahar b. Raja Jaafar (Siak) (1910-1965). Beliau dimakamkan di Matang, Perak. Mereka dianugerahkan 5 orang anak, iaitu:

i. Y. Bhg. M Raja Datin Norshida bt. Raja Lope Shaharuddin (1936). Beliau berkahwin dengan Y. Bhg. Dato' Mahzan b. Abd. Manan (1934)
ii. YM Raja Norsiha bt. Raja Lope Shaharuddin (1937-1982)
iii. YM Raja Saidatul Zahariah bt. Raja Lope Shaharuddin (1938). Beliau berkahwin dengan YM Raja Mushar b. Raja Ahmad b. Raja Hamzah b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji (Riau) ibn YTM Opu Daeng Chellak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusila (Raja Tanah Bugis) (1936).
iv. YM Raja Saidatul Zaharian bt. Raja Lope Shaharuddin (1940)
v. YM Raja Saidatul Akmar bt. Raja Lope Shaharuddin (1942)


5. YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbuddin (m. 1936?). Beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar.

6. Y. Bhg M Tan Sri Dato' Seri Raja Dr. Hj. Ahmad Noordin b. Raja Shahbuddin (1924). Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (1976-1980). Beliau berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Saliah bt. Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Hamid (1935).

7. YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbuddin (1928-2001). Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
a) YM Raja Zaharah bt. Raja Abdul Aziz b. Raja Alang Ismara b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji ibn YTM Opu Daeng Chellak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusila (Raja Tanah Bugis) (1931-1990) - Bercerai
b) Robiayah bt. Shaik Kathee (1945)- Bercerai
c) Haminah bt. Mohd Nordin "Mak Jan" (1948)

Beliau telah memperoleh 11 orang anak, iaitu:

i. YM Raja Ahmad Baharuddin b. Raja Kamaruddin (1950)
ii. YM Raja Ahmad Tajuddin b. Raja Kamaruddin (1951-1978)
iii. YM Raja Rosli b. Raja Kamaruddin "Anuar" (1953)
iv. YM Raja Roslan b. Raja Kamaruddin "Achah" (1953)
v. YM Raja Abdul Aziz b. Raja Kamaruddin (1954)
vi. YM Raja Zainal Kharib b. Raja Kamarudin (1956)
vii. YM Raja Kamariah bt. Raja Kamaruddin "Ku Yah" (1957)
viii. YM Raja Tajul Ariffin b. Raja Kamaruddin (1959)
ix. YM Raja Aishah bt. Raja Kamaruddin "Puteh" (1962)
x. YM Raja Badrol Hisham b. Raja Kamaruddin (1965)
xi. YM Raja Zarina bt. Raja Kamaruddin (1966)


Manakala 3 orang anak yang lain tidak dapat d**enal pasti.

Saya amat mengharapkan mana-mana individu yang mempunyai hubungan kerabat dengan mereka dapat menghubungi saya

YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin bin Lope Zainuddin bin Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbuddin bin Raja Dagang bin Tengku Busu
Susur-galur sebenar kerabat diraja Perlak yang membawa kepada darah keturunan Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW melalui 2 cabang utama... cabang Khalifah Muhammad Nafs Zakiyah dan cabang Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Mungkin artikel lama Ke makam Sultan Malikus Salih - Hikmah yang membawa persinggahan sebentar ke makam Sultan pertama Perlak... boleh melancarkan pancaran pemahaman...

2. Bagaimana sulur-galur keturunan Sultan Malikus Salih melalui cucunya Sultan Malikul Mansur yang mewarisi kerajaan Samudera tetapi kemudian terbuang dapat merajai Aceh beberapa abad kemudian. Tetapi hakikat ini dikaburkan dari sejarah melalui dua teknik mudah dalam penulisan salasilah - apabila 2 watak berlainan dikatakan orang yang sama, dan apabila adik-beradik ipar dikatakan adik beradik sebapa...

3. Bagaimana darah keturunan raja boleh dikenali sebagai laksamana, bagaimana pula ada yang memakai nama raja ketika memerintah dalam istana, tetapi memakai gelaran laksamana ketika masuk ke medan perang...

4. Bagaimana keturunan lelaki seorang raja agung Aceh cuba dihapuskan tetapi sebenarnya selamat dan terus berkembang-biak! Campurtangan halus Barat melalui tali-barut orang tempatan menyaksikan seorang putera mahkota dihukum rejam. Namun sebenarnya ada silap-mata berlaku di mana putera mahkota tersebut sebenarnya selamat dan berhijrah ke tempat lain. "Silap-mata" penulisan salasilah yang memungkinkan keturunan seorang raja dipecahkan kepada satu susur-galur diraja, satu lagi susur-galur laksamana yang kelihatan tidak ada kena-mengena walhal sama memungkinkan sang abang kepada putera mahkota tersebut dapat terus hidup di Aceh tetapi atas nama keturunan lain.

5. Raja agung Aceh ini memiliki darah diraja Bugis. Apabila datuknya, anakanda kepada seorang raja besar Aceh terdahulu pernah ke Sulawesi menjadi pendakwah lalu berkahwin dengan seorang puteri sana. Anak mereka kemudian kembali ke Aceh lalu dikenali sebagai seorang bangsawan Bugis.

6. Makam sebenar raja agung Aceh ini bukan terletak di tengah bandar sebaliknya di satu lereng tinggi bukit. Selain untuk melindungi identiti anak cucunya yang semasa itu sedang hangat diburu musuh, kedudukan sebenar makam juga dikaburkan supaya tidak dapat dirosakkan oleh mereka yang dengki lagi khianat. Yang dapat dirosakkan cuma makam tanda sahaja...

7. Keturunan raja agung Aceh ini dapat menaiki kembali takhta walaupun dikenali secara rasmi sebagai keturunan dari susur-galur lain.

8. Namun cabang paling afdal keturunan ini masuk ke Perak. Disebabkan perebutan takhta antara adik-beradik berlainan ibu selepas kemangkatan ayahanda mereka, waris utama membawa diri ke Patani sebelum anaknya pula berhijrah ke Perak.

9. Sekitar tempoh yang sama masuk seorang anak raja besar Bugis ke dalam kancah pemerintahan Perak. Ketika Belanda mula menguasai Sulawesi, seorang raja besar Bugis pernah menitipkan anaknya ke Aceh, seorang lagi ke Pagar Ruyung untuk melindungi keturunannya dari dihapuskan. Lagipun Aceh ketika itu diperintah saudara-mara mereka yang dikenali sebagai keluarga Dinasti Raja-raja Bugis. Lihat artikel lama Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh? . Anak ini kemudian muncul di Perak lalu ingin mendirikan kerajaannya sendiri. Ini menyaksikan perang berlaku, satu siri peperangan yang dikaburkan dalam sejarah rasmi dengan menyebut ia cuma kes lanun bermaharajalela di Pulau Sembilan tetapi kemudian berjaya ditangani seorang pahlawan Bugis bernama Daeng Selili.

10. Timbul sistem giliran diraja Perak yang dilambangkan oleh 3 warna bendera Perak
- Putih untuk Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja di Hilir. Seorang anak raja besar Bugis yang digeruni melawan pemerintahan sedia ada di Perak yang dikatakan berasal dari keturunan Melaka. Masuk pula seorang keturunan Aceh yang kebetulan ada juga darah diraja Bugis juga darah diraja Perak/Melaka, melalui Sultan Alauddin Mansur Shah ibni Sultan Mansur Shah (Sultan ke 2 Perak) yang dirajakan di Aceh tahun 1580. Maka sistem giliran sebenar adalah agar kerabat diraja keturunan Bugis, Melaka dan Aceh dapat berturut-turut memerintah Perak.

11. Rahsia sistem giliran ini terletak pada identiti sebenar Sultan ke 14 hingga ke 18 Perak
- Sebenarnya setiap Sultan ini memiliki nama lain juga gelaran-gelaran kepahlawanan sebelum menaik takhta mengikut giliran. Sejarah rasmi mencatatkan Sultan ke 15 hingga ke 18 semuanya adalah anakanda kepada Sultan ke 14 dan Sultan ke 14 pula adinda kepada Sultan ke 13. Sebenarnya Sultan ke 13 dengan 14 bukan adik-beradik tetapi dari keluarga diraja lain. Sultan ke 15 hingga ke 18 pula ada yang beripar-duai, ada yang sebenarnya pangkat anak saudara kepada yang sebelumnya.

"Silap-mata" salasilah serupa dapat dikesan dalam salasilah rasmi terbaru keSultanan Perak yang dicuba ditonjolkan melalui website satu agensi kerajaan negeri. Ia meletakkan Sultan ke 6 dan ke 8 sebaris dengan Sultan ke 3 dan 4 seolah-olah mereka semua adik-beradik. Sedangkan dalam salasilah rasmi sebelum itu, cukup nyata Sultan ke 6 dan ke 8 adalah anak seorang Raja Aceh yang mengahwini puteri kepada Sultan ke 2. Puteri ini adalah adik beradik kepada Sultan ke 3 dan Sultan ke 4, bermakna Sultan ke 6 dan ke 8 adalah anak saudara mereka. Salasilah rasmi terbaru cuba meletakkan mereka semua sebaris sebagai adik-beradik, Mungkin ini dilakukan untuk menidakkan hakikat sebenar bahawa Sultan ke 6 dan ke 8 sebenarnya berbapakan seorang Raja Aceh!

12. Identiti kerabat diraja Aceh yang bercampur dengan kerabat diraja Perak yang pernah dirajakan di Aceh tersirat pada nama Sultan ke 17 Perak
, Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda. Seperti disebut awal tadi, salasilah rasmi sejak sekian lama meletakkan Sultan ke 15 hingga ke 18 sebagai adik-beradik. Maka dikatakan Sultan Iskandar Zulkarnain, Sultan ke 15 sebagai abang diikuti kenaikan adiknya Sultan Mahmud Shah sebagai Sultan ke 16 seterusnya Sultan Alauddin Mansur sebagai yang ke 17. Peliknya apabila meninggal dunia Sultan Alauddin ini turut dikenali sebagai Marhum Sulong. Anak sulong kepada siapa jika betul baginda adalah adik kandung Sultan Iskandar?

Seterusnya nama atau gelaran penuh yang dipakai. Nama Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda menggabungkan 2 nama besar pemerintah. Untuk pengetahuan, nama Sultan Alauddin Mansur Shah asalnya milik anakanda Sultan Perak yang dirajakan di Aceh pada tahun 1580. Iskandar Muda pula ialah nama raja Agung Aceh yang kebetulan dilahirkan semasa Sultan Alauddin Mansur memerintah.

13. Maka keturunan Laksamana Raja Mahkota, satu jawatan bangsawan turun-temurun Perak juga boleh menaiki takhta, bukan sahaja di Perak malah di Aceh.
Silap-silap boleh mewarisi juga kerajaan Bugis juga segala bekas jajahan takluk Melaka! Pangkat keturunan Laksamana Raja Mahkota itu dipakai oleh kerabat diraja Bugis yang pernah dititipkan ke Aceh sebelum masuk ke Perak abad ke 18 diikuti kerabat diraja Aceh yang ada darah keturunan Bugis. Pangkat yang sama sudah dipakai di Aceh sekian lama untuk anak-anak raja sebelum mereka menaiki takhta. Permainan "silap-mata" salasilah Perak yang menggabungkan ipar-duai dan anak saudara jadi adik-beradik nampaknya dapat menghilangkan identiti sebenar sesetengah raja yang asalnya adalah anak raja Bugis atau anak raja Aceh. Namun mereka tetap wujud dan berkembang-biak... dan seperti di Aceh, ada yang dapat menaiki takhta kembali tetapi atas nama baru, meninggalkan nama sebelum menjadi raja seolah-olah ia milik orang berketurunan lain yang cuma bangsawan sahaja.
PEREBUTAN TAKHTA DALAM KALANGAN KERABAT DIRAJA
  • Keadaan ini berlaku kerana sistem pewarisan takhta yang diamalkan tidak dipatuhi sepenuhnya.
  • Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Ismail iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai sultan oleh pembesar-pembesar Perak.
  • Raja Abdullah dan Raja Yusuf menentang perlantikan itu kerana Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabal menjadi Sultan mengikut sistem pewarisan takhta.
  • Raja Yusuf pula pernah memegang jawatan Raja Dihilir, tetapi telah diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak.
  • Raja Abdullah disokong oleh pembesar dihilir Perak seperti Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor. Beliau terus berkuasa di Hilir Perak.
  • Walaupun ditabal menjadi Sultan, kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di Hulu Perak.
  • Perebutan takhta telah menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak.
  • Raja Abdullah kemudian meminta Bantuan British untuk menigktiraf beliau sebagai Sultan
  • Adrew Clarke (Gabenor Negeri-Negeri Selat) melihat perkembangan itu sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dengan Bijih Timah.
  • Pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina dipanggil oleh Adrew Clarke untuk berunding di Pangkor.
  • Tujuannya adalah untuk menamatkan kekacauan di Perak.
  • Pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, dan Dato' Sagor.
  • Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.
  • Kapitan Chung Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai san) merupakan antara pemimpin kongsi gelap Cina yang hadir. Mereka bersetuju untuk menghentikan pergaduhan dan menerima pihak British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan Bijih timah.
  • Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874

PERJANJIAN PANGKOR 1874
Antara Syarat Perjanjian ialah:
  1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
  2. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.
  3. Sultan menerima seorang Residen British yang akan Melayu.
  4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.
  5. Residen, Penolong Residen, sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasul mahsul Perak.
  6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.
  7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.

Kamu ni dari golongan keturunan daeng selili yang merajuk lari ke Pulau Bentan, pahang, johor dan lain lain.
Memang tidak dinafikan keturunan Daeng Selili agak huru hara selepas keturunan raja mahkota direndahkan dan dijatuhkan akibat perebutan kuasa.Paling ketara apabila british masuk campur tangan. Kekuatan Daeng Selili disebabkan Amat disayangi oleh Raja Mahkota dan amat dicemburui oleh semua daeng daeng yang lain.Apabila jatuhnya keturunan Raja mahkota maka jatuh la semua keturunan yang rapat. Yang amat memalukan ialah keturunan sekarang Daeng Selili dah ada pula yang hendak menjadi raja dan lupa diri. Jika mengaku keturunan digelar Daeng tetapi tidak kenal dan hormat Raja mahkota atau raja bugis sendiri, elok jangan mengaku bugis.
cari punya cari base on 2 juga.,
cari silsilah base on apa?terpulanglah.kalau nak declare ini itu begini begitu kalau base on 2 kene ikut salurannya juga.

itulah yang dikatakan ahli mengenal ahli.
kalau nak declare dia seorang pewaris yang sah base on apa?
siapakah yang nak sahkan.berbanding kalau nak declare dia hanya seorang waris waris.
sebab it base on 2 juga.yang ditinggalkan hanya 2. nak declare raja keturunan Ahlul-Bait kene base on 2 juga.
ilmu nasab musti ade related base on 2 juga.

cari punya cari at the end taat kepada Nabi maka taatlah kepadaNYA.
kalau dah cari punya cari bukan base on 2 lama2 syok sendiri.
harap faham.pandangan mata hati dengan mata zahir berbeza!berbeza dengan hati yang mati.
cakap memang mudah nak laksanakan memang susah.
La hawla wa la quwwata illa billah-al 'alii-al 'adheem

Salasilah YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang - Bahagian 1



Tengku Busu
(18??-18??)
(Negeri Siak Seri Inderapura, Sumatera, Indonesia)



Raja Dagang
(18??-18??)


Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin
(1874 - 26.11.1959)

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau menjawat jawatan Orang Besar 16, Negeri Perak Darul Ridzuan bergelar YM Tok Seri Indera Jaya dan gelaran ini dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azam Shah. Pernah menjawat jawatan Penghulu Batu Kurau (1908-1910) dan Penghulu Bagan Serai. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu:
i. YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah ibn Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone(?-1938). Bonda kepada YM Raja Aishah berasal daripada Kerabat Diraja Siak Sri Inderapura iaitu YM Raja Banun bt. Raja Thith Hitam bin Raja / Tengku Hussein ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1718-1722 dan Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) - . Beliau mangkat dan dimakamkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

ii. YM Raja Sa’adiah bt. Raja Mahadi (?-?). Menurut sumber lisan, beliau berasal dari Beruas, Perak Darul Ridzuan. Beliau mangkat dan dimakamkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang telah mangkat pada hari Khamis 26 November 1959 bersamaan 25 Jamadil Awwal 1379H, jam 12.23 pagi ketika berusia 95 tahun di Petaling Jaya, Selangor dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan umur beliau berdasarkan maklumat daripada batu nesan ternyata agak kurang tepat kerana umur beliau yang hampir tepat ialah 85 tahun. Hal ini bermakna beliau dilahirkan sekitar tahun 1874. Beliau dianugerahkan 10 orang anak iaitu 4 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan manakala 3 orang lagi tidak diketahui (bermungkinan meninggal dunia sejak kecil). Semua anaknya itu merupakan hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertamanya sahaja.

YM Raja Yong Arba’ayah bt. Raja Shahbudin “Chor @ Yan” (30 Julai 1903- 8 November 1976). Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamaral Bahrain "Ami Wok" b. Raja Hj. Yahya b. Raja Mohammad Ali b. Raja Alang Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) (1901-24 April 1965) yang pernah menjawat jawatan Asst. Inspector of Malay School di Tapah, Perak Darul Ridzuan. YM Raja Yong Arba’ayah mangkat di Ipoh pada tahun 1975 dan dikebumikan di Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau dan suaminya dianugerahkan 5 orang cahaya mata. Sila lihat carta salasilah 2.

YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Ngah” (1903-21.10.1966). Beliau pernah bertugas sebagai Settlement Officer di Kampar, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 2 kali, iaitu:
i. YM Raja Halimah bt. Tok Muda Imam Paduka Tuan Raja Chik Abdul Hamid bin Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya bin Raja Daud Shahid (Tengku Busu) ibn Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman ibn Almarhum Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah (Marhum Mangkat di Balai, Sultan Siak Sri Inderapura III, memerintah 1760-1761 & 1779-1781) ibn Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Muzaffar Shah (Marhum Mampura Besar, Sultan Siak Sri Inderapura II, memerintah 1740-1760) ibn Almarhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah @ Yang Dipertuan Raja Kechil (Marhum Buantan, Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang 1717-1722; Sultan Siak Sri Inderapura I, memerintah 1723-1746) . (1907-26 Oktober 1970)
ii. YM Engku Syarifah Hamidah @ “Raja Dah” bt. Raja Hj. Yahya bin Raja Mohammad Ali b. Raja Alang Syed Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) . (1908-1989)
Beliau mangkat di Gunung Rapat, Ipoh pada 21 Oktober 1966 dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Beliau dianugerahkan 6 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan kedua.. Sila lihat carta salasilah 3.

YM Raja Lope Zainuddin b. Raja Shahbudin “Ayah Muda” (28.11.1910-21.04.1968). Beliau dilahirkan pada 28 November 1910 dan mendapat pendidikan di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau pernah menjadi Asst. Penghulu di Parit Buntar (16.11.1937-1.12.1939) dan Kuala Kurau (22.04.1940-1.12.1946). Selain itu, beliau kemudiannya dilantik pula menjadi penghulu di beberapa mukim di negeri Perak seperti Penghulu II Selinsing (1947-1951), Penghulu Kroh (1951-1953), Penghulu Chegar Galah, Kuala Kangsar (1953-1960) dan jawatan terakhirnya ialah Penghulu mukim Teja (01.01.1961-21.04.1968), daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
i. YM Syarifah Alauyah bt. Syed Nong Mustafa b. Syed Abdullah al-‘Attas (1920?-1991) – Bercerai.
ii. Pn. Mek Halus. Beliau berasal dari Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. Bercerai.
iii. [17 Julai 1946] Pn. Hjh. Puteh bt. Ahmad b. Abdullah @ Kee Hup Keong anak lelaki Kee Tek Kooi, J.P. anak lelaki Kee Lai Huat anak lelaki Kee Choe Imm (23 Julai 1925 - 10 September 2004)
Beliau mangkat di Hospital Batu Gajah dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan pada hari Ahad, 21 April 1968 bersamaan 22 Muharram 1388H. Beliau dianugerahkan 14 orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang pertama dan yang ketiga. Sila lihat carta salasilah 4.

YM Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbudin “Raja Mimi” (1914-1944). Beliau dilahirkan pada tahun 1914. Beliau telah berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Mohamad b. Raja Ngah Kahar b. Raja Jaafar dari Langkat, Sumatera (1910 - 25 Januari 1965) pada 18 Mac 1935. Beliau mangkat dan dimakamkan di Chenderiang, Perak Darul Ridzuan pada tahun 1944 ketika melahirkan anaknya yang kelima. Beliau dianugerahkan 5 orang anak perempuan. Sila lihat carta salasilah 5.

YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbudin (? -1936). Tidak diketahui tarikh lahirnya. Menurut maklumat lisan, beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar b. Raja ?, seorang guru sekolah Melayu. Beliau dipercayai mangkat pada tahun 1936 ketika melahirkan anak.

( ?)

(?) TIDAK DIKETAHUI

(?)

Y. Bhg. M Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj b. Raja Shahbudin “Che Lan” PSM, DSMP, JSM, PJK. (11.06.1924-22.12.2008). Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1924 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1936 hingga 1940 dan kemudiannya menyambung pengajian kedoktoran di King Edward VII School of Medicine di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1946 hingga 1956. Beliau juga merupakan doktor Melayu yang terawal di Malaysia. Jawatan tertinggi yang disandang olehnya ialah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1980. Beliau juga berkhidmat dengan WHO yang berpengkalan di Filipina daripada tahun 1980 hingga 1985 dan Pengerusi Eksekutif Koperasi Doktor Malaysia Berhad atau Malaysian Doctors Cooperative Limited. Beliau telah berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah bt Hj. Abdul Wahab b. Hj. Abdul Hamid yang dilahirkan pada 15 Januari 1935 di York Hill, Singapura dan mereka berkahwin pada 28 November 1957. Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Hamid dan Hjh. Asmah bt. Hj. Hussien b. Abdul Ghani. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah pernah bertugas sebagai jururawat. Beliau mangkat pada 22 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 10.46 malam ketika berusia 84 tahun. Beliau disahkan mangkat oleh Dr. Wint Wint Thu Nyunt (Myanmar) yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Sarjana di hospital berkenaan. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara (A1511)* pada 23 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429H.

YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbudin “Che Din” (16.06.1928-12.08.2001). Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan pada 16 Jun 1928 dan pernah bertugas dengan Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berkahwin sebanyak 3 kali, iaitu:
i. [14 Disember 1949] YM Raja Zaharah bt. Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla, Luwuk, Sulawesi (1931-15 November 1990). Beliau merupakan anak kepada pasangan YM Raja Abd. Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn YTM Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn YTM Opu Daeng Chelak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn Opu La Madusilla dengan YM Raja Yon Hasmah bt. Raja Mahadi b. Raja Omar b. Raja Ngah Makah  bin Tok Engku Daeng Perteh ibn Raja Muda Bone Petta Perangkawai (Petta Ponggawae) ibn Arung Palakka ibn Arung Bone– Bercerai.
ii. [27 Mac 1973] Pn. Robiayah bt. Shaik Kathee (14 Disember 1945). Bercerai.
iii. [15 Februari 1997] Pn. Haminah bt. Mohd. Nordin “Mak Jan” (18 Februari 1948)
Beliau mangkat di Taiping pada 12 Ogos 2001. Beliau dianugerahkan 11 orang cahaya mata melalui perkahwinan pertamanya sahaja.

yang baru dalm salsilah

YM Tok Seri Indera Jaya YM Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu merupakan inisiatif dan kajian bersifat peribadi yang dijalankan selama sebelas tahun yang lalu. Penulisannya telah dimulai sejak tahun 1997 lagi. Tujuan utama penulisan salasilah ini adalah untuk mengetahui secara jelas tentang asal-usul jurai keturunan ini di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu yang tinggal di seluruh pelosok tanah air.

Secara jujur, penulisan dan penyusunan salasilah keluarga ini amatlah rumit kerana tiada sebarang usaha awal penyusunan salasilah tersebut oleh generasi terdahulu di samping kesukaran memperoleh maklumat secara bertulis. Kajian dan pengumpulan maklumat-maklumat berkaitan dengan salasilah keluarga ini boleh dibahagikan kepada 2 kaedah, iaitu menggunakan kaedah temu bual dengan kaum keluarga dan kaedah kajian bersifat kepustakaan. Berkenaan dengan kaedah temu bual, saya bersama-sama bapa saya YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin telah menziarahi kaum keluarga di merata-rata tempat semata-mata untuk mendapatkan apa sahaja maklumat lisan berkenaan salasilah keluarga. Setiap maklumat yang diperolehi akan direkodkan serta diberi penilaian semula. Di samping itu, saya juga bertungkus-lumus mencari maklumat-maklumat bertulis daripada rekod-rekod rasmi kerajaan di Arkib Negara Malaysia (Kuala Lumpur), buku-buku ilmiah, internet dan apa-apa sahaja bahan bertulis tentang sejarah dan salasilah raja-raja di kawasan Sumatera (Indonesia) dan Malaysia. Hal ini bertujuan untuk memastikan maklumat-maklumat dalam salasilah ini sahih dan tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai autoriti.

Sebarang penulisan dan penyusunan salasilah ini tidak akan dapat disempurnakan sekiranya tanpa sebarang usaha dan bantuan daripada pihak-pihak tertentu. Justeru, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Y. Bhg. Mulia Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj b. Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin kerana sudi memberi sedikit sebanyak maklumat serta menyokong penuh usaha penulisan dan penyusunan salasilah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada isteri beliau, Y. Bhg. Puan Seri Datin Seri Hjh. Saliah bt. Abdul Wahab kerana sudi membawa saya bersama bapa saya menziarahi makam moyang saya (YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin yang bertungkus lumus membawa saya bertemu dengan ahli-ahli keluarga kami serta memberi maklumat awal berkaitan dengan salasilah keluarga kami. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Almarhum YM Raja Hj. Abd. Hafidz b. Raja Hj. Yeop Shaharuddin, Almarhum YM Raja Kamaruddin b. Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin dan Allahyarhamah Hjh. Puteh bt. Ahmad (Opah) yang telah banyak menghulurkan bantuan khususnya dalam menyampaikan maklumat-maklumat lisan tentang salasilah keluarga ini. Selain itu, saya juga amat terhutang budi kepada YM Raja Mushar b. Raja Ahmad, YM Raja Saidatul Zahariah bt. Raja Lope Shaharuddin, dan YM Raja Saidatul Zaharian bt. Raja Lope Shaharuddin kerana turut menyampaikan serta menyediakan maklumat lisan dan bertulis kepada saya tentang hubungan keluarga mereka dengan keluarga YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada YM Raja Saidatul Zaharian yang telah sudi meminjamkan saya sekeping gambar YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin untuk dicetak semula bagi tatapan kami sekeluarga dan generasi akan datang. Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ayah Man (En. Norman Tan Sri Dato’ Seri Dr. Raja Ahmad Noordin al-Haj) yang telah bertungkus lumus merekodkan maklumat salasilah keluarga ini ke dalam laman web Geni.com, mengirimkan laman-laman web berkenaan Kerajaan Siak Seri Inderapura kepada saya untuk tujuan kajian di samping mengambil berat tentang perkembangan penulisan salasilah ini. Hanya ALLAH S.W.T. sahajalah yang akan membalas budi baik kalian. Tidak dilupakan juga kepada seluruh kaum keluarga YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin yang telah sudi menghulurkan bantuan dan sokongan sepanjang usaha murni ini dilaksanakan.

Saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja daripada mana-mana generasi keturunan YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu untuk menjadikan maklumat salasilah ini sebagai rujukan utama ketika mereka merekodkan salasilah mereka dan turut serta menyambung usaha murni ini pada masa hadapan untuk tatapan generasi akan datang.

Sekian, wassalam.
Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”.

Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.

Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.

Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

ALLAH S.W.T. berfirman:
“Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...”
(Surah an-Nisa’: 1)

Berdasarkan ayat al-Quran ini jelaslah kepada kita bahawa menjaga hubungan silaturahim sesama kaum kerabat itu amatlah dituntut oleh Islam.

suatu cerita baru

aya dan ayahanda saya telah berkesempatan mengunjungi YM Raja Ali bin Raja Amran (keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I "Marhum Durian Sebatang" yang memerintah negeri Perak pada tahun 1851-1857), seorang pakar rujuk Salasilah Diraja Perak di kediamannya di Persiaran Raja Bendahara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Pertemuan itu turut dihadiri oleh YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof (keturunan Diraja Bugis Riau) dan juga YM Raja Azmir (keturunan DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II "Marhum Habibullah" yang memerintah negeri Perak pada 1874-1877).

Dalam pertemuan tersebut, kami telah berbincang tentang banyak perkara berkenaan keluarga saya, khususnya tentang almarhum moyang saya, YM Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin bin Raja Dagang serta tentang isteri beliau, almarhumah YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah. Perbincangan selama beberapa jam tersebut membuahkan hasil yang positif. Akhirnya baharulah saya mengetahui bahawa saya ini juga mempunyai kaitan dengan Kerabat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Kerabat Diraja Bugis Bone dari Sulawesi Selatan melalui moyang perempuan, YM Raja Aishah bt. Raja Makah. Keluarga moyang perempuanku ini berasal daripada sebuah keluarga yang besar dan mempunyai hubungan persemendaan dengan keluarga yang bangsawan Perak yang lain.

Daripada pertemuan ini, saya juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan saudara mara yang tak pernah saya temui sebelum ini. Saya telah berkesempatan menemui YM Raja YM Ahmad Kamar bin Raja Adenan (bapa saudara dua pupu ayahanda saya), YM Raja Nor Uyun bt. Raja Adenan (ibu saudara dua pupu), YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof (abang saudara tiga pupu), YM Raja Idris bin Raja Musa (bapa saudara dua pupu), dan YM Raja Ahmad Marzuki b. Raja Zainal Abidin (bapa saudara dua pupu). Alhamdulillah, hubungan kami sangat erat dan mesra padahal kami sebelum ini langsung tidak pernah bertemu. Selain itu, saya juga turut menghubungi saudara tiga pupu seperti YM Raja Zarina bt. Raja Ahmad Kamar dan YM Raja Zulkifli bin Raja Ahmad Kamar.

Proses pencarian salasilah keluarga saya di Bukit Chanda, Kuala Kangsar benar-benar mendatangkan hasil yang positif. Saya amat terhutang budi kepada YM Raja Ali bin Raja Amran dan YM Raja Shah Riman bin Raja Yusof kerana banyak membantu saya dalam menulis salasilah keluarga kami. Mereka juga sanggup meluangkan waktu untuk menemani saya ke Ipoh dan ke Beruas semata-mata untuk mencari saudara mara di sana. Berkat pertolongan mereka itu membolehkan saya dan ayahanda saya menemui YM Raja Khatijah bt. Raja Mahmud dan keluarga serta YM Raja Hussein sekeluarga. Selain itu, mereka juga banyak meminjamkan saya salasilah yang ditulis oleh mereka berdua dan saya kira maklumat yang diberikan itu semestinya amat berharga.

Jasa YM Raja Ahmad Kamar bin Raja Adenan juga tidak saya lupakan. Beliau telah meminjamkan saya sekeping salasilah keturunan YM Tok Engku Daeng Peratis kepada saya untuk disalin semula. Penemuan maklumat salasilah terbaru ini pada saya amatlah berbaloi dengan usaha saya yang tidak mengenal erti jemu. Peluang untuk bertemu dengan ramai orang ini sekali gus memberi pendedahan kepada saya cara untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Di samping itu, kita akan dapat menyambung hubungan tali silaturahim antara kaum kerabatyang sudah lama terputus.

Saya berdoa agar selepas ini saya bertemu juga dengan salasilah nenek moyang saya sebelah lelaki pula, Insya-Allah...........

dari zuriat sultan perak

1. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayat Shah ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Kaharullah – Sultan Perak ke-15, memerintah 1754-1764) . - Melalui zuriat Raja Alang Radin ibn Sultan Muda Alauddin dan Raja Hitam bt. Sultan Muda Alauddin (bersama suaminya Syed Ben Yahya).


2. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Mahmud Shah II ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Muda – Sultan Perak ke-16, memerintah 1764-1733). - Melalui zuriat Raja Bendahara Mahmud ibn Raja Kechil Muda Ibrahim ibn Sultan Mahmud Shah II (Marhum Sayong).


3. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Sulong – Sultan Perak ke-17, memerintah 1733-1786). - Melalui zuriat Raja Kechil Sulong Idris ibn Raja Ismail ibn Raja Kechil Sulong Abdul Rahman ibn Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda.

4. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah ibn Sultan Muhammad Shah (Marhum Bongsu – Sultan Perak ke-18, memerintah 1786-1806). A) Melalui zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Jamalullah, Sultan Perak ke-19, memerintah 1806-1825) melalui anakanda baginda, Raja Che Puan Busu bt. Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang berkahwin dengan Raja Kechil Tengah Ahmad (Daik).

i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Jaafar Mua’zzam Shah ibn Raja Kechil Tengah Ahmad (Marhum Waliullah – Sultan Perak ke-23, memerintah 1850-1865).

ii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibn Sultan Jaafar Mu’azzam Shah (Marhum Habibullah – Sultan Perak ke-26, memerintah 1874-1876).

iii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah ibn Raja Muda Musa ibn Sultan Jaafar Mu’azzam Shah (Marhum Ni’matullah – Sultan Perak ke-31, memerintah 1938-1948).

iv) Zuriat Raja Bendahara Alang Iskandar ibn Raja Kechil Tengah Ahmad (Marhum Teja). v) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Adzam Shah ibn Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Rahmatullah – Sultan Perak ke-28, memerintah 1887-1916).

vi) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah ibn Sultan Idris I (Marhum Radhiallah – Sultan Perak ke-29, memerintah 1916-1918). vii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah ibn Sultan Idris I (Marhum Kaddasallah – Sultan Perak ke-30, memerintah 1918-1938).

B) Melalui zuriat Raja Inu ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Salleh al-Aman). i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah ibn Sultan Shahabuddin Riayat Shah ibn Raja Inu ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Najiullah – Sultan Perak ke-24, memerintah 1865-1871).

C) Melalui zuriat Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin (Marhum Kg. Mengkasar).

i) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibn Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum A’tikullah @ Marhum Durian Sebatang – Sultan Perak ke-22, memerintah 1841-1850).

ii) Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah ibn Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibn Raja Kechil Besar Abdul Rahman ibn Sultan Ahmaddin Shah (Marhum Gharirullah – Sultan Perak ke-27, memerintah 1877-1887).

5. Zuriat DYMM Paduka Seri Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah ibn Raja Sheikhul Amin (Siak) (Marhum Mangkat di Skudai – Sultan Perak ke-25, memerintah 1871-1874).

Monday 15 October 2012

anyak info yg aku rasa tak dibukakan. Keturunan Syed di Perak pula banyak yg ada darah Tun Saban Balik. Agak2 boleh tahu ke siapa Tun Saban Balik, Tok Temong, Nakhoda Kassim dll.
daeng selili lain orangnya dengan La Madukelleng. tetapi memang mereka dikatakan amat rapat diperak. Mengikut info yang boleh pakai, ada yang mengatakan semua daeng yang dibawah La Madukelleng seluruh semenanjung harus mengadap Daeng Selili sebelum dilepaskan mengadap raja mereka iaitu La Madukelleng. daeng selili tarafnya seperti polis dan La Madukelleng ialah ketenteraan. Kisah perang dan jajahan agak besar dari semenanjung. boleh rujuk sejarah di google  sejarah Indonesia.

ini sedikit info mudah faham daeng selili http://www.keriswarisan.com/live/photo/2067/silsilah-da eng-selili-pengikut-setia-raja-makhota/

saya sebenarnya dah semak kejap silsilah Syed Ali original lama dari Perak. Memang keturunannya ada yang berkahwin dengan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam. tapi kalau tak silap, Syed Ali tetap bukan dibawah La Madukelleng atau Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam.

Sebab Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam itu dalam bahasa bugisnya ialah La Madukelleng raja bugis /  Arung Matoa Wajo yang diiktiraf di tanah bugis sendiri. Pengesahan ini dari mulut pemegang amanah silsilah dan pabicara wajo. Saya siap ada rakaman video pengakuan pemegang amanah lagi.  Umur dan sejarahnya sekitar 1700.

kejadian Syed Ali berlaku sebelum 1700 yang saya tahu. ini perkara yang baru saya tahu.
macam mana pula boleh dibawah keturunan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam?

Sebab Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam itu dalam bahasa bugisnya ialah La Madukelleng raja bugis /  Arung Matoa Wajo yang diiktiraf di tanah bugis sendiri. Pengesahan ini dari mulut pemegang amanah silsilah dan pabicara wajo. Saya siap ada rakaman video pengakuan pemegang amanah lagi.  Umur dan sejarahnya sekitar 1700.

kejadian Syed Ali berlaku sebelum 1700 yang saya tahu. ini perkara yang baru saya tahu.
Mengikut buku “Riwayat Negeri Perak Darul Ridzuan” iaitu naskhah salinan tangan kepunyaan Allahyarham Cikgu Husain Mahmud yang masih belum dicetak, nama Tun Saban sebenar adalah Tun Saban Ibni Tan Chendera Panjang Ibni Laksamana Tan Panjang Melaka, keturunan Raja Iskandar Shah Pertama Melaka. Beliau lari ke Perak utk mengelakkan serangan Portugis di Melaka dan akhirnya bergabung dgn Tok Masuka dan yg lain memerintah daerah kawasan masing2. Ini versi lain sejarah negeri Perak.
Mengikut buku “Riwayat Negeri Perak Darul Ridzuan” iaitu naskhah salinan tangan kepunyaan Allahyarham Cikgu Husain Mahmud yang masih belum dicetak, nama Tun Saban sebenar adalah Tun Saban Ibni Tan Chendera Panjang Ibni Laksamana Tan Panjang Melaka, keturunan Raja Iskandar Shah Pertama Melaka. Beliau lari ke Perak utk mengelakkan serangan Portugis di Melaka dan akhirnya bergabung dgn Tok Masuka dan yg lain memerintah daerah kawasan masing2. Ini versi lain sejarah negeri Perak. 
saya ada dengar cerita yang mengatakan Kitab tu dah diharamkan oleh pihak berkuasa agama atas arahan sultan kerana ilmu itu dari Syed Ali.segala . Pihak agama islam yang mengharamkan sebab hanya mereka yang mampu mengharamkan. maka itu mereka yang ditugaskan cari jalan untuk mengharamkan. tujuan sebenarnya diharamkan kerana arahan dimasa itu ialah apa saja yang boleh mengingatkan nama Syed Ali  dan berkaitan harus ditukar atau dihapuskan.

persoalannya, yang mana satu betul dan salah? Ilmu Syed Ali yang sesat atau org yang mengharamkan itu yang mengharamkan bende yang halal?

Selagi cerita disampaikan drp mulut ke mulut camtu lah. Kena terima semua versi dahulu dan cuba kaji kesahihannya. Versi yg saya ceritakan itu sikit sahaja penerangannya dan ada dalam sebuah buku tapi lupa jadualnya. Seingat saya berkenaan negeri Bruas. Salasilah Tun Saban pun lain jugak bukan sama dgn buku 'Tun Sab'an dan Pembesar2 Melayu' karangan Meor Ahmad Tajuddin. Berkenaan gelaran nama Tun ni cuba kaji 'Hikayat Raja-Raja Pasai'. Keris sundang lok lima yg dikatakan milik Tun Saban spt dlm buku 'Tun Sab'an dan Pembesar2 Melayu'(asal gambar keris tu diambil drp buku 'Hulu Perak Dalam Sejarah') pun boleh dipertikaikan. Tun Saban wujud di Perak sebelum kedatangan orang2 Bugis di Perak. Mungkin bukan keris beliau tetapi milik keturunan beliau yg dah bercampur darah keturunan bangsawan bugis di Perak. Nanti saya try update cerita versi lain tu kalau jumpa salina ceritanya.

Ini cuma satu versi sahaja mengenai cerita mengenai pemimpin2 sebelum kedatangan Sultan Perak yg pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah 1. Ada cerita lain pula mengatakan Tok Masuka dan lain2 pemimpin di Perak ketika itu sudah pun Islam. Tok Masuka dikatakan golongan istana juga datang daripada negeri Pasai kerana dihalau oleh rajanya. Nama gelaran Tun pula yg ada pada Tun Saban yg memerintah Hulu Perak dan adik perempuannya Tun Perabu (Tok Temong) yg menguasai kawasan Temong adalah berasal drp negeri Pasai yg mana gelaran Tun adalah gelaran raja2 dan bangsawan. Pasai sudah lama penduduknya beragama Islam dan adalah dikatakan semua pemimpin Perak yg memerintah setiap kawasan tertentu di negeri tersebut sememangnya sudah pun beragama Islam.

Yg bahagian ni:



Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.

Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.

Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.

Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.

Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-

1.    Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.

2.    Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.

Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak.  Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.

Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka  ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1.    Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2.    Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3.    Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4.    Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing.  Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.

Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......

keturunan sultan ahmadin

AlKisahnya yang saya dapat tau, Daulat Sultan adalah anugerah para Wali. maka itu kita lihat ada Sultan dahulu begitu beriya iya mau kahwin dengan keturunan mereka supaya mendapat zuriat yang juga berdaulat. Apabila terputus keturunan ini, maka Daulat ini juga terputus. Mungkin inilah sebabnya kenapa di Perak, menurut undang-undang tubuhnya dikatakan bahawa apabila terputusnya keturunan Sultan Ahmaddin maka takhta perlu kembali kepada keturunan sebelah perempuan... mungkin maksudnya kepada baginda permaisuri Sulran Ahmaddin. Mungkin juga ketiadaan "Daulat" itu bermaksud keturunan itu sudah terputus. Wallahualam.

siapa dia

Maknanya daulat di beri oleh Syed Ali ( Keramat Mata Kucing ) dan adiknya Syed Abdul Manaf ( Keramat Sabun ) kepada sultan.

Dia juga yang memerintah tun saban dan nakhoda kasim membawa Sultan Muzaffar Shah dari kampar

Tapi Syed Ali ( Keramat Mata Kucing ) dan adiknya Syed Abdul Manaf ( Keramat Sabun ) dari mana asal usulnya?

hangtuah

Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka, manuskrip pertama yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda ‘Taming Sari’ berjaya ditemui.

Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.

“Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.



“Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.



“Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.

“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya.

Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.

“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya.

Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda.

“Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.

Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.


Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dankini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.

Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.
begitula dr cerita2 yg blh dipercayai...sumpahan hingga ke 7 keturunan gara2 berebut takhta....sy keturunan yg k7...tp dh hbis smpai kakak sy je...sbb 2 sy asyik dpt anak lelaki je...yg lain2 semua dpt anak pompuan...smpai org pun heran...cerita ckp sumph x dpt anak lelaki sbb agar nama keturunan x dpt dikekalkan...kebetulannya sy kawin dgn org kuala kangsar waris keturunan Panjang Talib bin Seri Maharaja Lela Uda Tahir (yang lebih dikenali sebagai To' Janggut)...
.ada keris lama tok raja kechik sulung 2 yg berusia beribu tahun tertanam di kawasan lenggong..tempat dia hdup dlmbuangan....org yg dpt keris 2 mmg akan dpt kuasa paranormal yg x de kt zaman ni(ntah2 kuasa jin...mnta simpang 44).sy dpt alamat dlm mimpi mana tmpat 2..tp x berani nk pergi....bior le benda alah 2 kt situ je....kuzairi susur galur belah mane?....kalau nakhoda hitam 2 ada le jgk org2 cerita dr mulut ke mulut
Haji Besar Daeng Salili merupakan seorang bangsawan Bugis yang diberi jawatan Orang Besar yang bergelar Seri Maharajalela oleh Sultan Perak ke-13, DYMM Sultan Muzaffar Shah III (Marhum Haji Allah). Baginda juga turut mengahwinkan Daeng Salili dengan adinda baginda iaitu YAM Raja Tengah bt. Raja Mansur (Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga). Menurut N.A Halim dalam bukunya Sejarah Perak, terbitan Muzium Negara Malaysia, Daeng Salili ini bergelar Seri Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya iaitu mempunyai kuasa yang paling tinggi sekali daripada sekalian kuasa yang ada pada Orang-orang Besar ketika itu. Kuasa itu membolehkan beliau menghukum atau memancung sesiapa sahaja yang bersabitkan dengan kesalahan membunuh dengan tidak perlu membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Perak.
Tiadalah apa melainkan dia yg nyata,
daripadanya maka adalah kita,
dia mencipta kerana dialah yg esa,
menyembah kepadanya hanyalah kerana dia...

Diciptakannya kita dari seawalnya,
maka tiadalah akan berakhirnya kita,
ditempat yg mulia kita berada,
assebab tipu daya kite ke dunia...

Turun ke dunia membuat usaha,
demi cinta pada yg nyata,
menyeru sekalian alam taat padanya,
moga bahagia kembali padanya...

Dari turunan adam dan hawa,
bertebaran serata benua,
dari barat ke timur dunia,
lahir bangsa mulia,melayu namanya...

Pimpinan agung zulkarnain namanya,
menjelajahi segenap pelusuk dunia,
tibanya dia ke negeri tak bernama,
meninggal titisan darah turunannya...

Teringatlah akan sabda baginda,
akan negeri samudera namanya,
atas fikir sahabat baginda,
lahirlah melayu bangsa mulia...

Menjunjung titah perintah agama,
membuat usaha demi yg esa,
moga bangsa kekal mulia,
HILANG AGAMA,HILANGLAH BANGSA..
KALAU ROBOH KOTA MELAKA,
PAPAN DI JAWA SAYA DIRIKAN,
KALAU BENAR BAGAI DIKATA,
BADAN DAN NYAWA SAYA SERAHKAN

Sebuah pantun yang mengingatkan kita bertapa gigihnya orang kita pada suatu ketika dahulu kerana merasakan bahawa kalau ada masalah di Kota Melaka mereka membinanya pula di Tanah Jawa.
Apakah pantun ini hanya rekaan untuk berpantun atau ada penghayatan lain yang perlu kita hayati?
Saya sedang meneliti Perang Bendahara di Pahang yang berlaku pada tahun 1857 hingga 1863 antara orang Melayu dan Bristish. Berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda 1824yang mengakibatkan kehancuran Kesultanan Johor Lama. Siapa yang memerintah Johor ketika itu?


Gatal tangan nak tambah pantun tersebut diatas

Memang benar bagai dikata,
Habis diserah tetap dipertikai,
Sampai bila harus berdiam saja,
Maruah bangsa sudah tergadai.

Siam pun Melayu Jawa pun Melayu,
Takkan hilang kata Hang Tuah,
Mana hati tak sedih dan pilu,
Runtuhnya Kota, runtuhlah maruah.

Gagah pahlawan Panglima Kasturi
Tersisip dipinggang Ulunya Keris
Bangunlah bangsa mencari yg pasti,
Sejarah bngsa belum habis terhakis.

Lemah dan malas kata mereka,
Memandang rendah penuh hina,
Mari bangunkan sejarah merdeka,
Permata pasti bersinar semula

gurimdam

Ini gurindam pasal yang pertama

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.


Ini gurindam pasal yang kedua

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Ini gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi

Ini gurindam pasal yang keempat:

Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


Ini gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,


Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.


Ini gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.



Ini gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.


Ini gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru


Ini gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.


Ini gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujah.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.


Ini gurindam pasal yang kedua belas:


Gurindam Dua Belas, pasal yang ke 11 dan ke 12


Raja mufakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

Sunday 7 October 2012

keris pusaka warisan melayu

KERIS:- merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut. Hulu Keris Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja. Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. Paksi Ganja Dagu Kepala Cicak Leher Perut Sepit Rotan Ekor Kepit Aring Gandik Kembang kacang Belalai Gajah Bibir Gajah Rigi Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung Keris Galeri Keris Hulu Keris Sampir Keris Pandai Besi Sampir dan Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya. Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading. Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok

upacra mandi keris

seni silat lambang hulubalang menjaga kesultanan melayu

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong".

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.

Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.

Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.

Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun.


MAHAGURU

Sejarah Parti Politik di Malaysia (UMNO)

Parti Melayu Bersatu (UMNO)
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Dato Jaafar Onn
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO
Tun Hj. Abdul Razak. Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat.
Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru
Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai ‘team B’. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam ‘Team A’.
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan
Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru ‘Semangat 46′dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B).
Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.
Anda mungkin juga meminati:

parti politik di malaysia

Parti Islam Semalaysia (PAS)
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.
Sheikh Abdullah Fahim,Antara pengasas Persatuan Ulamak
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.
Dr. Burhanuddin Al Helmy,Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS
Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
Datuk Asri Muda,Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.
Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Tuan Guru Hj. Nik Aziz,Ulama’ dan Pemimpin yang disegani.
Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu:
kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).
Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu:
  1. fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958),
  2. fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan
  3. fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).
Anda mungkin juga meminati: