Monday 15 October 2012

Haji Besar Daeng Salili merupakan seorang bangsawan Bugis yang diberi jawatan Orang Besar yang bergelar Seri Maharajalela oleh Sultan Perak ke-13, DYMM Sultan Muzaffar Shah III (Marhum Haji Allah). Baginda juga turut mengahwinkan Daeng Salili dengan adinda baginda iaitu YAM Raja Tengah bt. Raja Mansur (Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga). Menurut N.A Halim dalam bukunya Sejarah Perak, terbitan Muzium Negara Malaysia, Daeng Salili ini bergelar Seri Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya iaitu mempunyai kuasa yang paling tinggi sekali daripada sekalian kuasa yang ada pada Orang-orang Besar ketika itu. Kuasa itu membolehkan beliau menghukum atau memancung sesiapa sahaja yang bersabitkan dengan kesalahan membunuh dengan tidak perlu membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Perak.

No comments:

Post a Comment