Monday 15 October 2012
daeng selili lain orangnya dengan La Madukelleng. tetapi memang
mereka dikatakan amat rapat diperak. Mengikut info yang boleh pakai, ada
yang mengatakan semua daeng yang dibawah La Madukelleng seluruh
semenanjung harus mengadap Daeng Selili sebelum dilepaskan mengadap raja
mereka iaitu La Madukelleng. daeng selili tarafnya seperti polis dan La
Madukelleng ialah ketenteraan. Kisah perang dan jajahan agak besar dari
semenanjung. boleh rujuk sejarah di google sejarah Indonesia.
ini sedikit info mudah faham daeng selili http://www.keriswarisan.com/live/photo/2067/silsilah-da eng-selili-pengikut-setia-raja-makhota/
saya sebenarnya dah semak kejap silsilah Syed Ali original lama dari Perak. Memang keturunannya ada yang berkahwin dengan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam. tapi kalau tak silap, Syed Ali tetap bukan dibawah La Madukelleng atau Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam.
ini sedikit info mudah faham daeng selili http://www.keriswarisan.com/live/photo/2067/silsilah-da eng-selili-pengikut-setia-raja-makhota/
saya sebenarnya dah semak kejap silsilah Syed Ali original lama dari Perak. Memang keturunannya ada yang berkahwin dengan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam. tapi kalau tak silap, Syed Ali tetap bukan dibawah La Madukelleng atau Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam.
Sebab Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam itu dalam bahasa bugisnya ialah La Madukelleng raja bugis / Arung Matoa Wajo yang diiktiraf di tanah bugis sendiri. Pengesahan ini dari mulut pemegang amanah silsilah dan pabicara wajo. Saya siap ada rakaman video pengakuan pemegang amanah lagi. Umur dan sejarahnya sekitar 1700.
kejadian Syed Ali berlaku sebelum 1700 yang saya tahu. ini perkara yang baru saya tahu.
macam mana pula boleh dibawah keturunan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam?
Sebab Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam itu dalam bahasa bugisnya ialah La Madukelleng raja bugis / Arung Matoa Wajo yang diiktiraf di tanah bugis sendiri. Pengesahan ini dari mulut pemegang amanah silsilah dan pabicara wajo. Saya siap ada rakaman video pengakuan pemegang amanah lagi. Umur dan sejarahnya sekitar 1700.
kejadian Syed Ali berlaku sebelum 1700 yang saya tahu. ini perkara yang baru saya tahu.
Sebab Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam itu dalam bahasa bugisnya ialah La Madukelleng raja bugis / Arung Matoa Wajo yang diiktiraf di tanah bugis sendiri. Pengesahan ini dari mulut pemegang amanah silsilah dan pabicara wajo. Saya siap ada rakaman video pengakuan pemegang amanah lagi. Umur dan sejarahnya sekitar 1700.
kejadian Syed Ali berlaku sebelum 1700 yang saya tahu. ini perkara yang baru saya tahu.
Mengikut buku “Riwayat Negeri Perak Darul Ridzuan” iaitu naskhah
salinan tangan kepunyaan Allahyarham Cikgu Husain Mahmud yang masih
belum dicetak, nama Tun Saban sebenar adalah Tun Saban Ibni Tan Chendera
Panjang Ibni Laksamana Tan Panjang Melaka, keturunan Raja Iskandar Shah
Pertama Melaka. Beliau lari ke Perak utk mengelakkan serangan Portugis
di Melaka dan akhirnya bergabung dgn Tok Masuka dan yg lain memerintah
daerah kawasan masing2. Ini versi lain sejarah negeri Perak.
Mengikut buku “Riwayat Negeri Perak Darul Ridzuan” iaitu naskhah
salinan tangan kepunyaan Allahyarham Cikgu Husain Mahmud yang masih
belum dicetak, nama Tun Saban sebenar adalah Tun Saban Ibni Tan Chendera
Panjang Ibni Laksamana Tan Panjang Melaka, keturunan Raja Iskandar Shah
Pertama Melaka. Beliau lari ke Perak utk mengelakkan serangan Portugis
di Melaka dan akhirnya bergabung dgn Tok Masuka dan yg lain memerintah
daerah kawasan masing2. Ini versi lain sejarah negeri Perak.
saya ada dengar cerita yang mengatakan Kitab tu dah diharamkan oleh
pihak berkuasa agama atas arahan sultan kerana ilmu itu dari Syed
Ali.segala . Pihak agama islam yang mengharamkan sebab hanya mereka yang
mampu mengharamkan. maka itu mereka yang ditugaskan cari jalan untuk
mengharamkan. tujuan sebenarnya diharamkan kerana arahan dimasa itu
ialah apa saja yang boleh mengingatkan nama Syed Ali dan berkaitan
harus ditukar atau dihapuskan.
persoalannya, yang mana satu betul dan salah? Ilmu Syed Ali yang sesat atau org yang mengharamkan itu yang mengharamkan bende yang halal?
persoalannya, yang mana satu betul dan salah? Ilmu Syed Ali yang sesat atau org yang mengharamkan itu yang mengharamkan bende yang halal?
Selagi cerita disampaikan drp mulut ke mulut camtu lah. Kena terima semua versi dahulu dan cuba kaji kesahihannya. Versi yg saya ceritakan itu sikit sahaja penerangannya dan ada dalam sebuah buku tapi lupa jadualnya. Seingat saya berkenaan negeri Bruas. Salasilah Tun Saban pun lain jugak bukan sama dgn buku 'Tun Sab'an dan Pembesar2 Melayu' karangan Meor Ahmad Tajuddin. Berkenaan gelaran nama Tun ni cuba kaji 'Hikayat Raja-Raja Pasai'. Keris sundang lok lima yg dikatakan milik Tun Saban spt dlm buku 'Tun Sab'an dan Pembesar2 Melayu'(asal gambar keris tu diambil drp buku 'Hulu Perak Dalam Sejarah') pun boleh dipertikaikan. Tun Saban wujud di Perak sebelum kedatangan orang2 Bugis di Perak. Mungkin bukan keris beliau tetapi milik keturunan beliau yg dah bercampur darah keturunan bangsawan bugis di Perak. Nanti saya try update cerita versi lain tu kalau jumpa salina ceritanya.
Ini cuma satu versi sahaja mengenai cerita mengenai pemimpin2 sebelum kedatangan Sultan Perak yg pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah 1. Ada cerita lain pula mengatakan Tok Masuka dan lain2 pemimpin di Perak ketika itu sudah pun Islam. Tok Masuka dikatakan golongan istana juga datang daripada negeri Pasai kerana dihalau oleh rajanya. Nama gelaran Tun pula yg ada pada Tun Saban yg memerintah Hulu Perak dan adik perempuannya Tun Perabu (Tok Temong) yg menguasai kawasan Temong adalah berasal drp negeri Pasai yg mana gelaran Tun adalah gelaran raja2 dan bangsawan. Pasai sudah lama penduduknya beragama Islam dan adalah dikatakan semua pemimpin Perak yg memerintah setiap kawasan tertentu di negeri tersebut sememangnya sudah pun beragama Islam.
Yg bahagian ni:
Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.
Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.
Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.
Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.
Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-
1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.
2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.
Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak. Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.
Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-
1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.
2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.
3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.
4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.
Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing. Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.
Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......
keturunan sultan ahmadin
AlKisahnya
yang saya dapat tau, Daulat Sultan adalah anugerah para Wali. maka itu
kita lihat ada Sultan dahulu begitu beriya iya mau kahwin dengan
keturunan mereka supaya mendapat zuriat yang juga berdaulat. Apabila
terputus keturunan ini, maka Daulat ini juga terputus. Mungkin inilah
sebabnya kenapa di Perak, menurut undang-undang tubuhnya dikatakan
bahawa apabila terputusnya keturunan Sultan Ahmaddin maka takhta perlu
kembali kepada keturunan sebelah perempuan... mungkin maksudnya kepada
baginda permaisuri Sulran Ahmaddin. Mungkin juga ketiadaan "Daulat" itu
bermaksud keturunan itu sudah terputus. Wallahualam.
siapa dia
Maknanya daulat di beri oleh Syed Ali ( Keramat Mata Kucing ) dan adiknya Syed Abdul Manaf ( Keramat Sabun ) kepada sultan.
Dia juga yang memerintah tun saban dan nakhoda kasim membawa Sultan Muzaffar Shah dari kampar
Tapi Syed Ali ( Keramat Mata Kucing ) dan adiknya Syed Abdul Manaf ( Keramat Sabun ) dari mana asal usulnya?
Dia juga yang memerintah tun saban dan nakhoda kasim membawa Sultan Muzaffar Shah dari kampar
Tapi Syed Ali ( Keramat Mata Kucing ) dan adiknya Syed Abdul Manaf ( Keramat Sabun ) dari mana asal usulnya?
hangtuah
Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka, manuskrip pertama
yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda
‘Taming Sari’ berjaya ditemui.
Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.
“Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.
“Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.
“Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.
“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya.
Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.
“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya.
Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda.
“Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.
Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.
Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dankini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.
Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.
Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.
“Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.
“Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.
“Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.
“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya.
Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.
“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya.
Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda.
“Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.
Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.
Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dankini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.
Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.
begitula dr cerita2 yg blh dipercayai...sumpahan hingga ke 7
keturunan gara2 berebut takhta....sy keturunan yg k7...tp dh hbis smpai
kakak sy je...sbb 2 sy asyik dpt anak lelaki je...yg lain2 semua dpt
anak pompuan...smpai org pun heran...cerita ckp sumph x dpt anak lelaki
sbb agar nama keturunan x dpt dikekalkan...kebetulannya sy kawin dgn org
kuala kangsar waris keturunan Panjang Talib bin Seri Maharaja Lela Uda Tahir (yang lebih dikenali sebagai To' Janggut)...
.ada keris lama tok raja kechik sulung 2 yg berusia beribu tahun tertanam di kawasan lenggong..tempat dia hdup dlmbuangan....org yg dpt keris 2 mmg akan dpt kuasa paranormal yg x de kt zaman ni(ntah2 kuasa jin...mnta simpang 44).sy dpt alamat dlm mimpi mana tmpat 2..tp x berani nk pergi....bior le benda alah 2 kt situ je....kuzairi susur galur belah mane?....kalau nakhoda hitam 2 ada le jgk org2 cerita dr mulut ke mulut
.ada keris lama tok raja kechik sulung 2 yg berusia beribu tahun tertanam di kawasan lenggong..tempat dia hdup dlmbuangan....org yg dpt keris 2 mmg akan dpt kuasa paranormal yg x de kt zaman ni(ntah2 kuasa jin...mnta simpang 44).sy dpt alamat dlm mimpi mana tmpat 2..tp x berani nk pergi....bior le benda alah 2 kt situ je....kuzairi susur galur belah mane?....kalau nakhoda hitam 2 ada le jgk org2 cerita dr mulut ke mulut
Haji Besar Daeng Salili merupakan seorang bangsawan Bugis yang diberi jawatan Orang Besar yang bergelar Seri Maharajalela oleh
Sultan Perak ke-13, DYMM Sultan Muzaffar Shah III (Marhum Haji Allah).
Baginda juga turut mengahwinkan Daeng Salili dengan adinda baginda iaitu
YAM Raja Tengah bt. Raja Mansur (Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga).
Menurut N.A Halim dalam bukunya Sejarah Perak, terbitan Muzium Negara
Malaysia, Daeng Salili ini bergelar Seri Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya
iaitu mempunyai kuasa yang paling tinggi sekali daripada sekalian kuasa
yang ada pada Orang-orang Besar ketika itu. Kuasa itu membolehkan
beliau menghukum atau memancung sesiapa sahaja yang bersabitkan dengan
kesalahan membunuh dengan tidak perlu membawa perkara itu kepada
pengetahuan Sultan Perak.
Tiadalah apa melainkan dia yg nyata,
daripadanya maka adalah kita,
dia mencipta kerana dialah yg esa,
menyembah kepadanya hanyalah kerana dia...
Diciptakannya kita dari seawalnya,
maka tiadalah akan berakhirnya kita,
ditempat yg mulia kita berada,
assebab tipu daya kite ke dunia...
Turun ke dunia membuat usaha,
demi cinta pada yg nyata,
menyeru sekalian alam taat padanya,
moga bahagia kembali padanya...
Dari turunan adam dan hawa,
bertebaran serata benua,
dari barat ke timur dunia,
lahir bangsa mulia,melayu namanya...
Pimpinan agung zulkarnain namanya,
menjelajahi segenap pelusuk dunia,
tibanya dia ke negeri tak bernama,
meninggal titisan darah turunannya...
Teringatlah akan sabda baginda,
akan negeri samudera namanya,
atas fikir sahabat baginda,
lahirlah melayu bangsa mulia...
Menjunjung titah perintah agama,
membuat usaha demi yg esa,
moga bangsa kekal mulia,
HILANG AGAMA,HILANGLAH BANGSA..
daripadanya maka adalah kita,
dia mencipta kerana dialah yg esa,
menyembah kepadanya hanyalah kerana dia...
Diciptakannya kita dari seawalnya,
maka tiadalah akan berakhirnya kita,
ditempat yg mulia kita berada,
assebab tipu daya kite ke dunia...
Turun ke dunia membuat usaha,
demi cinta pada yg nyata,
menyeru sekalian alam taat padanya,
moga bahagia kembali padanya...
Dari turunan adam dan hawa,
bertebaran serata benua,
dari barat ke timur dunia,
lahir bangsa mulia,melayu namanya...
Pimpinan agung zulkarnain namanya,
menjelajahi segenap pelusuk dunia,
tibanya dia ke negeri tak bernama,
meninggal titisan darah turunannya...
Teringatlah akan sabda baginda,
akan negeri samudera namanya,
atas fikir sahabat baginda,
lahirlah melayu bangsa mulia...
Menjunjung titah perintah agama,
membuat usaha demi yg esa,
moga bangsa kekal mulia,
HILANG AGAMA,HILANGLAH BANGSA..
KALAU ROBOH KOTA MELAKA,
PAPAN DI JAWA SAYA DIRIKAN,
KALAU BENAR BAGAI DIKATA,
BADAN DAN NYAWA SAYA SERAHKAN
Sebuah pantun yang mengingatkan kita bertapa gigihnya orang kita pada suatu ketika dahulu kerana merasakan bahawa kalau ada masalah di Kota Melaka mereka membinanya pula di Tanah Jawa.
Apakah pantun ini hanya rekaan untuk berpantun atau ada penghayatan lain yang perlu kita hayati?
Saya sedang meneliti Perang Bendahara di Pahang yang berlaku pada tahun 1857 hingga 1863 antara orang Melayu dan Bristish. Berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda 1824yang mengakibatkan kehancuran Kesultanan Johor Lama. Siapa yang memerintah Johor ketika itu?
Gatal tangan nak tambah pantun tersebut diatas
Memang benar bagai dikata,
Habis diserah tetap dipertikai,
Sampai bila harus berdiam saja,
Maruah bangsa sudah tergadai.
Siam pun Melayu Jawa pun Melayu,
Takkan hilang kata Hang Tuah,
Mana hati tak sedih dan pilu,
Runtuhnya Kota, runtuhlah maruah.
Gagah pahlawan Panglima Kasturi
Tersisip dipinggang Ulunya Keris
Bangunlah bangsa mencari yg pasti,
Sejarah bngsa belum habis terhakis.
Lemah dan malas kata mereka,
Memandang rendah penuh hina,
Mari bangunkan sejarah merdeka,
Permata pasti bersinar semula
PAPAN DI JAWA SAYA DIRIKAN,
KALAU BENAR BAGAI DIKATA,
BADAN DAN NYAWA SAYA SERAHKAN
Sebuah pantun yang mengingatkan kita bertapa gigihnya orang kita pada suatu ketika dahulu kerana merasakan bahawa kalau ada masalah di Kota Melaka mereka membinanya pula di Tanah Jawa.
Apakah pantun ini hanya rekaan untuk berpantun atau ada penghayatan lain yang perlu kita hayati?
Saya sedang meneliti Perang Bendahara di Pahang yang berlaku pada tahun 1857 hingga 1863 antara orang Melayu dan Bristish. Berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda 1824yang mengakibatkan kehancuran Kesultanan Johor Lama. Siapa yang memerintah Johor ketika itu?
Gatal tangan nak tambah pantun tersebut diatas
Memang benar bagai dikata,
Habis diserah tetap dipertikai,
Sampai bila harus berdiam saja,
Maruah bangsa sudah tergadai.
Siam pun Melayu Jawa pun Melayu,
Takkan hilang kata Hang Tuah,
Mana hati tak sedih dan pilu,
Runtuhnya Kota, runtuhlah maruah.
Gagah pahlawan Panglima Kasturi
Tersisip dipinggang Ulunya Keris
Bangunlah bangsa mencari yg pasti,
Sejarah bngsa belum habis terhakis.
Lemah dan malas kata mereka,
Memandang rendah penuh hina,
Mari bangunkan sejarah merdeka,
Permata pasti bersinar semula
gurimdam
Ini gurindam pasal yang pertama
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
Ini gurindam pasal yang kedua
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
Ini gurindam pasal yang ketiga:
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi
Ini gurindam pasal yang keempat:
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Ini gurindam pasal yang kelima:
Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Ini gurindam pasal yang keenam:
Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,
Ini Gurindam pasal yang ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Ini gurindam pasal yang kedelapan:
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru
Ini gurindam pasal yang kesepuluh:
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.
Ini gurindam pasal yang kesebelas:
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujah.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Gurindam Dua Belas, pasal yang ke 11 dan ke 12
Raja mufakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
Ini gurindam pasal yang kedua
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
Ini gurindam pasal yang ketiga:
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi
Ini gurindam pasal yang keempat:
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Ini gurindam pasal yang kelima:
Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Ini gurindam pasal yang keenam:
Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,
Ini Gurindam pasal yang ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Ini gurindam pasal yang kedelapan:
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru
Ini gurindam pasal yang kesepuluh:
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.
Ini gurindam pasal yang kesebelas:
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujah.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Gurindam Dua Belas, pasal yang ke 11 dan ke 12
Raja mufakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
Sunday 7 October 2012
keris pusaka warisan melayu
KERIS:- merupakan senjata pendek yang digunakan oleh
orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih
daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta
kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau
lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata,
melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris
yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang
menarik dan juga sarungnya. Sang Guna adalah orang pertama dizaman
Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran
tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan
utama membuat keris tersebut. Hulu Keris Ulu keris berukuran sepanjang
lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti
bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai
nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu
(kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang
dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi
dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti
Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan
Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan
senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris
kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam
guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah
manusia. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok,
dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak
atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang
bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok
dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.
Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan
keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau
sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm.
dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang
sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat
dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran
logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu
atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata
itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. Paksi Ganja Dagu Kepala
Cicak Leher Perut Sepit Rotan Ekor Kepit Aring Gandik Kembang kacang
Belalai Gajah Bibir Gajah Rigi Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung
Keris Galeri Keris Hulu Keris Sampir Keris Pandai Besi Sampir dan
Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk
seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu
sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya
atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat
kayu tersebut telah menampakkan keindahannya. Batang merupakan sarung
kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya.
Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora,
tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang
ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas,
tanduk atau gading. Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di
Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia
terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris
Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris
Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai
sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok
seni silat lambang hulubalang menjaga kesultanan melayu
Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas
kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511,
hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang
Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan
gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang
telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang
Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan,
hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan
penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada
tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong".
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.
Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun.
MAHAGURU
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.
Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun.
MAHAGURU
Sejarah Parti Politik di Malaysia (UMNO)
Parti Melayu Bersatu (UMNO)
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar
dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres.
Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil
kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Dato Jaafar Onn
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari
kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada
1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan
pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi
sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana
Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung
pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR
(UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah
diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara
rasmi.
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO
Tun Hj. Abdul Razak. Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat.
Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru
Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan
keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO
menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah
dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu
ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai ‘team B’. Dr. Mahathir
disokong oleh Musa Hitam dalam ‘Team A’.
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan
Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM
Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan
semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti
baru ‘Semangat 46′dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden
belia 4B).
Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.
Anda mungkin juga meminati:
parti politik di malaysia
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Kemunculan PAS dalam
sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila
para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah
persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya
(PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di
Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit
permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya
berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di
negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula
sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya
menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun
di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan.
Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui
para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran
yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan
atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan
terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika
itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan
Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang
berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan
Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap
selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik
kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi
pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah
mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan
isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff,
Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai
Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan
beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan.
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”,
Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah
yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu
ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan
Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam
satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.
Sheikh Abdullah Fahim,Antara pengasas Persatuan Ulamak
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi
oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju
kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk
menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai
telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah”
bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951.
Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam
yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah
membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak
bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan
manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai
sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara,
kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan
pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk
beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di
bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias,
PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS
menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak
supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.
Dr. Burhanuddin Al Helmy,Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS
Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy
mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan
sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih
kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan
ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959
telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya
dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul
Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai
Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri
Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan
al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah
dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di
Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada
akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang
diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di
negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung
1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan
ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik,
keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik.
Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan
Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada
1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara
Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam
masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa
kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan
Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13
Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini,
Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS
semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
Datuk Asri Muda,Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
PAS memasuki era baru dalam politik
negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin
kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan
Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah
membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama
mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar
dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi
ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong
telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan
PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh
musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga
terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak
Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja
disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar
antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan
perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis
kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada
Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS
bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era
kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas
perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap
kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun
melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina
jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan
Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh
kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta
penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
Paling mencabar pada era kepemimpinan
ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984,
1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka
PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali
pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada
1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut
diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan
kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan
Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan.
Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik
Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan
Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS
berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang
berada dalam bidang kuasana.
Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan
Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan
Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno
sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin
Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan
kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.
Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk
mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah
PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula
pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam
kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno
dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Tuan Guru Hj. Nik Aziz,Ulama’ dan Pemimpin yang disegani.
Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu:
kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).
Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu:
- fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958),
- fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan
- fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).
Anda mungkin juga meminati:
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
1. Cadangan Laporan Barnes :
• semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
• Digantikan dengan sekolah kebangsaan
• Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
• Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris
• Tentangan terhadap Laporan Barnes – masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat
2. Cadangan laporan Fenn-Wu:
• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan
3. Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :
• Dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa
• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu
• Masalah dalam pelaksanaan Ordinan
Pelajaran – Tentangan masyarakat Cina , Tentangan masyarakat dan India ,
kekurangan kewangan dan ancaman komunis
4. Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan:
• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
• Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
5. Cadangan Penyata Razak :
• Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah
6. Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960:
• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
• sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada bahasa Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
7. Kajian Aminudin Baki :
• sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
• menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
• memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran kerja
• kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni perusahaan dan sains pertanian
• mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa
8. Jawatankuasa Kabinet 1974:
Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :
• menilai sejauh mana pelaksanaan dasar
pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga
manusia yang diperlukan oleh negara
• mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:
• penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )
• kenaikan darjah secara automatik
• penekanan terhadap sekolah vokasional
• sukatan pelajaran sekolah swasta
• bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
• penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan
Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
9 Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
• memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
• melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
• melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia,
bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu:
• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
• Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah
• Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
• Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
• Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
• Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
• Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sejarah penubuhan :
• Lahir daripada gagasan Kongres
kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan pada tahun 1971
Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :
• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
• Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
• kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
• unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang terpenting
SUKAN UNTUK PERPADUAN
Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita:
• penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
• dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
• aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
• aktivit sukan membuka peluang
seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan
merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
• Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
• Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali
• SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri
WAWASAN 2020
Maksud Wawasan 2020 :
• Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
• Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981
Matlamat wawasan 2020:
• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju
• Menitikberatkan kemajuan bersepadu
Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :
• perpaduan rakyat
• kestabilan politik
• ketinggian taraf hidup
• kekukuhan nilai moral dan etika
• kekukuhan sistem kerajaan
• ketinggian maruah bangsa
• semangat yakin diri bangsa
Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :• Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
- Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
- Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
- Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan negara
- Musuh negara mudah ditangkis
- masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
- menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
- perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu
- diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul
- kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
- keberkesanan sistem pendidikan
- keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
- penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis
- masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu
- masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
- dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
- masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan
- penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
- mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
- dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
- masyarakat yang tidak individualistik
- meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
- asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilainilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan
- Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
- Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat
- Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
- tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
- pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi
• mengekalkan perpaduan
• saling memahami dan menghormati
• memiliki daya kreatif dan inovatif
• bersikap terbuka
• bangga dengan apa yang dicapai
• menghayati Falsafah Pendidikan Negara
• berusaha mengekalkan kemajuan negara
• menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA By Cikgu Azid
Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
( a ) Konsep Raja Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di – Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. secara bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga
badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan
(eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua
Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis
Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,
kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk
melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat
nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga
orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda
juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit
Negara bagi Persekutuan
( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan
• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan
beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta
beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
Senarai PersekutuanMemuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain
( b ) Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
Senarai BersamaSenarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan
Rumusan
• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan
Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.
3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI.
( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
• Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.
( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri
• Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu
setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat
undang-undang negeri.
( 3 ) LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
( a ) JATA NEGARA
• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk
negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali
sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan
( b ) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.
( c ) LAGU KEBANGSAAN.
• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara
• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Langkah-langkah pembentukan Malaysia
• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• ditubuhkan pada Julai 1961.• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.
Cadangan Suruhanjaya Cobbold
• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Ditubuhkan pada Ogos 1962.• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda
• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis
Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
• Diluluskan oleh Parlimen Britain• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang Dipetuan Agong memperkenankan Akta Malaysia
Kandungan Akta Malaysia
• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :
• British meletakkan seorang Residen
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British
Perkembangan sistem pendidikan :
• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
Dasar British dalam sistem pentadbiran:
• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
• Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
• Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
• Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
• Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
• Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme
Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
• konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
• Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah:
• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
• Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang
Kemunculan mesin cetak:
• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
• Mendorong kepada penentangan terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan:
• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
• Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama
Kesedaran Politik Serantau:
• Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
• Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
• Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
• Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
• Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu
GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU
Maksud Gerakan Islah:
• Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
• Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
• dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir
Tokoh-tokoh /pelopor:
• Sheikh Tahir Jalaludin
• Syed Syeikh al-Hadi
• Dr. Burhanuddin al-Helmy
Matlamat / tujuan / isu:
• menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
• Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
• Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
• Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
• Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
Akhbar/ Majalah:
• Al-Imam
• Neracha
• Edaran Zaman
• Pengasuh
• Saudara
Tokoh-tokoh:
Sheikh Tahir Jalaluddin:
• Tokoh gerakan Kaum Muda.
• merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
• menulis dalam majalah al-Manar.
Syed Syeikh al-Hadi:
• tokoh gerakan Kaum Muda
• menubuhkan Jelutung Press
• menerbitkan majalah Saudara.
• mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
• mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.
Halangan/Tentangan:
• Perjuangan Kaum Muda ini telah
ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan
telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
• Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat
dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi
masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
• Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak
dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat
beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
• Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
• Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
• Tekanan British dan Kaum Tua tidak
dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu,
terutamanya dalam bentuk pendidikan.
Sumbangan:
• Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
• Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
• Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.
Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan:
• Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
• Salah seorang penulis terkenal pada
tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan
seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
• Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
• Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
• Tulisan mereka telah membangkitkan
kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik
dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
• Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.
Akhbar:
• Warta Melayu
• Lembaga Malaya
• Majlis Utusan Melayu
• Warta Negara
• Fajar Sarawak
Akhbar dan Isu yang dibangkitkan
Sosial/Pendidikan:
• Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
• Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
• Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
• Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
• Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
• Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
• Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
Aspek ekonomi:
• Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
• Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
• Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
• Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
• Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur
• Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik ialah
• Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
• Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan – kemajuan kepada masyarakat Melayu
• Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
• Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang – Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
• Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah – pertubuhan kebangsaan
• Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan
Majalah
Pengasuh:
• Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut,
• Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
• Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
• Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
• Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
• Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
Guru:
• Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah
diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi,
Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
• Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
• Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
• Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
• Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
• Membaiki taraf hidup orang Melayu
• Memajukan bahasa dan sastera Melayu
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
• Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
• Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
• Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
• Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
• Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.
Novel:
• Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
• Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
• Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
• Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
• Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid
Keris Melaka Ahmad Bakhtiar:
• Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
• Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
• Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda
Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad:
• Semangat anak muda menentang penjajah
• Hargai warisan bangsa
• Semangat cintakan tanah air
• Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid:
• Emansipasi wanita
• Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
• Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa
Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):
• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam )
telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan
ekonomi dan sosial orang Melayu.
• Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
• Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
• Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
• Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
• Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
• Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.
Kesatuan Melayu Muda ( KMM ):
• KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
• Bersifat radikal dan anti-penjajah British
• Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
• Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
• Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
• KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
• Ahli KMM telah mengelilingi Tanah
Melayu untuk mendapatkan sokongan KMM telah menubuhkan cawangannya di
Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang
dikenali tentera semut
Subscribe to:
Posts (Atom)