Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka, manuskrip pertama
yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda
‘Taming Sari’ berjaya ditemui.
Manuskrip dipercayai berusia 250
tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di
Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.
“Ada
27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam
manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.
“Berdasarkan
penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu
menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya
di sini, semalam.
Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak
dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai
kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar
keagamaan.
“Manuskrip
ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang
diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.
“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya.
Pengusaha
Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu
tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri
harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat
‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.
“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya.
Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda.
“Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.
Wan
Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik
pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah
moyangnya di Perak.
Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang
Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari
ilmu bedil (meriam) dankini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat
dalam sijil kesahihannya.
Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.
ada orang yang saya kenal, tetapi dah menemui maut lah kini, ada dalam simpanannya keris Taming sari, termasuk pedang terbang, subhanallah
ReplyDeletesebagaimana, gunung ledang, bukanlah satu buah di johor itu sahaja, gunung ledang itu jika tanya Jin, banyaklah pula
tetapi sekadar alam manusia, banyaklah pesona oleh jin dan bunian, sila lah periksa ketulinan
inshaAllah