Sunday, 7 October 2012
keris pusaka warisan melayu
KERIS:- merupakan senjata pendek yang digunakan oleh
orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih
daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta
kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau
lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata,
melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris
yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang
menarik dan juga sarungnya. Sang Guna adalah orang pertama dizaman
Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran
tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan
utama membuat keris tersebut. Hulu Keris Ulu keris berukuran sepanjang
lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti
bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai
nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu
(kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang
dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi
dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti
Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan
Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan
senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris
kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam
guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah
manusia. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok,
dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak
atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang
bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok
dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.
Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan
keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau
sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm.
dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang
sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat
dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran
logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu
atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata
itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. Paksi Ganja Dagu Kepala
Cicak Leher Perut Sepit Rotan Ekor Kepit Aring Gandik Kembang kacang
Belalai Gajah Bibir Gajah Rigi Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung
Keris Galeri Keris Hulu Keris Sampir Keris Pandai Besi Sampir dan
Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk
seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu
sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya
atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat
kayu tersebut telah menampakkan keindahannya. Batang merupakan sarung
kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya.
Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora,
tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang
ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas,
tanduk atau gading. Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di
Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia
terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris
Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris
Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai
sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment