Sunday, 7 October 2012

KEGEMILANGAN MELAKA

KEGEMILANGAN MELAKA

(1)   Pentadbiran  – pembesar empat lipatan
1.    Peranan sultan Melaka :
  • Selaraskan kegiatan ekonomi Melaka
  • lambang perpaduan rakyat jelata.
  • Ketuai hubungan diplomatik.
  • ketua agama Islam.
  • ketua adat istiadat Melayu.
  • Ketua angkatan tentera.
  • Lantik pembesar negeri.
2.     Sultan dibantu oleh pembesar berempat :
i.   Bendahara
ii.  Penghulu Bendahari
iii. Temenggung
iv. Laksamana
3.   Peranan Bendahara :
  • Penasihat sultan dalam pentadbiran
  • Menteri utama.
  • Ketua turus angkatan perang.
  • Ketua hakim.
  • Pemangku sultan
4.    Peranan Penghulu Bendahari :
  • Pungut hasil atau ufti
  • Ketua segala bendahari.
  • Ketua urusetia istana.
  • Ketua segala syahbandar.
5.  Peranan Temenggung :
  • Ketua polis dan penjara
  • Penguasa Bandar dan kota Melaka.
  • Protokol istana
  • Hakim di darat.
6.     Peranan Laksamana :
  • Ketua angkatan laut
  • Pengawal peribadi sultan
  • Ketua duta
  • Mengetuai utusan
7.     Pembesar Berempat dibantu oleh :
i.     Pembesar Berlapan
ii.    Pembesar Enam Belas
iii.   Pembesar Tiga Puluh Dua
8.     Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.
9.     Kawasan pentadbiran pembesar dikenali “Kawasan Pegangan”.
10.  Kawasan Pegangan Bendahara di Muar dan Bentan.
11.  Kawasan Pegangan Penghulu Bendahari di Sening Ujung dan Kampar.
12.  Kawasan Pegangan Laksamana di Temasik.
13.  Kawasan Pegangan Hulubalang di Sungai Raya dan Siantan.
14.  Temenggung tiada Kawasan Pegangan
15.  Sultan melantik pembesar jajahan dan daerah untuk memungut cukai.
16   Kawasan memungut cukai dikenali  “Kawasan Pemakanan”.
17.  Pembesar menghadap dan memberi  ufti
(2)   Pusat perdagangan
a)    Kedudukan geografi
1.     Di laluan Timur &  Barat.
2.     Kuasai Selat Melaka
3.     Kapal dagang singgah dan tinggal serta dapatkan bekalan makanan dan minuman.
4.     Muara Sg Melaka dalam – dapat berlabuh dengan mudah
5.     Terlindung drp tiupan angin monsun Barat Daya kerana terdapatnya pulau Sumatera
6.     Banjaran Titiwangsa halang tiupan angin monsun Timur Laut ke pelabuhan Melaka.
7.     Pedagang Timur datang – ikut angin monsun Timur Laut.
8.     Pedagang Barat datang – ikut angin monsun Barat Daya.
9.     Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedagang timur dan barat berjual beli
10.  Pedagang Melaka menjadi orang tengah  dalam urusan jual beli antara pedagang
11.  Bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau menjadi panduan kepada pedagang yang belayar di Selat Melaka – awasi keselamatan Selat Melaka
b)    Peranan Syahbandar
1.     Pengurus pelabuhan.
2.     melicinkan urusan perdagangan di Melaka.
3.     uruskan pasar dan gudang.
4.     Jaga  keselamatan pedagang
5.     Periksa alat timbang, sukat dan mata wang.
6.     Hakim di pelabuhan.
7.     Kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
8.     Mengurus cukai.
9.     4 orang Syahbandar :
  • Syahbandar 1 urus pedagang dari Gujerat
  • Syahbandar 2 urus pedagang dari China, Champa dan Ryukyu.
  • Syahbandar 3 urus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi.
  • Syahbandar 4 urus pedagang Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.
  • c)     Peranan Laksamana dan orang laut
    1.     jaga keselamatan perairan Selat Melaka.
    2.     kawalan keselamatan oleh orang Laut.
    d)    Undang-undang Laut Melaka
    1.     Pastikan aktiviti perdagangan lancar
    2.     24 fasal
  • peraturan dan tatatertib berniaga
  • hukum jenayah yang berlaku di kapal,
  • larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.e)     Kemudahan di pelabuhan1.     gudang menyimpan barang2.     tempat tinggal pedagang3.     Syahbandar sediakan perahu, kapal jong, lancer, gajah dan pekerja4      Kemudahan membaiki kapal di pelabuhan 5.     Makanan dan minuman kepada pedagang.
    f)     Sistem cukai & surat kebenaran berniaga
    1.     cukai berpatutan dan adil
    2.     Pedagang bayar “Panduan” (cukai rasmi) sebelum berjual beli.
    3.     Kadarnya berbeza – ikut tempat asal pedagang.
    4.     Sistem dinamakan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.
    5.     Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai 6%.
    6.     Pedagang tinggal tetap di Melaka -cukai 3%.
    7.     Pedagang dari China dan Jepun tidak perlu membayar cukai – perlu bawa persembahan atau hadiah kepada sultan
    8.     Perlu dapatkan surat kebenaran berniaga.
    9.     Surat dianggap sebagai lesen
    g)    Penggunaan sistem mata wang
    1.     Matawang  diperkenalkan di Melaka
    • Wang logam drp timah-dipanggil calains
    • mata wang emas tempatan
    2.     Mata wang emas, perak dan timah dari Pedir, Pasai, Kembayat & Gujerat
    h)    Pelabuhan entreport.
    1.     Pelabuhan entreport -  kumpul barangan dari Kepulauan Melayu & edar barangan dari Timur & Barat ke Kepulauan Melayu.
    i)     Bahasa Melayu sebagai lingua franca
    1.     Bahasa perantaraan
    2.     Pedagang asing guna bahasa Melayu
    3.     Pelbagai jenis bahasa di Melaka
    4.    Menurut Tom Pires, di pelabuhan Melaka ada 84 bahasa yang berlainan
    5.    Bahasa Melayu sebagai lingua franca kerana  mudah difahami.
    (3)   Kematangan hubungan luar
    Hubungan Melaka dengan Pasai
    1.     Perkahwinan antara Sultan Melaka (Megat Iskandar Shah) dengan puteri Pasai.
    2.     Pertukaran pendapat ttg hukum agama
    3.     Melaka dan Pasai dianggap kerajaan setaraf.
    4.     Apabila berutus surat – guna istilah salam.
    5.     Melaka bantu Pasai  menamatkan huru-hara
    6.     Melaka memperoleh bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.
    Hubungan Melaka dengan Jawa
    1.     bentuk perdagangan .
    2.     Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah kepada Melaka.
    Hubungan Melaka dgn negeri naungan
    1.     Siak & Kampar bekalkan emas kpd Melaka.
    2.     Melaka menakluki Kampar dan Siak – kuasai hasil perdagangan
    3.     Kampar dan Siak  diberikan taraf naungan.
    4.     Apabila berutus surat kedua-dua negeri perlu menggunakan istilah sembah.
    5.     Ufti ke Melaka -bentuk wang atau barangan.
    6.     Ketika Sultan Melaka melakukan lawatan ke luar negeri, raja negeri naungan perlu mengiringi baginda. Sultan Mansor Shah melawat Majapahit, baginda diiringi oleh raja-raja Pelembang, Jambi dan Lingga.
    Hubungan Melaka dengan China
    1.     Bermula apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404.
    2.     Hubungan perdagangan dan diplomatik.
    3.     Dapat pengiktirafan dan perlindungan daripada negeri China.
    Hubungan Melaka dengan Siam;
    1.     Bermula dengan hubungan diplomatik.
    2.     Hantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera  ke Siam
    3.     Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan ke Melaka.
    Hubungan Melaka dgn Ryukyu (Jepun)
    1.     Bentuk perdagangan dan diplomatik.
    2.     Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada raja Ryukyu memberitahu tentang tingkahlaku pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang Melaka.
    3.     Raja Ryukyu membalas surat tersebut.
    4. Raja Ryukyu menyanjung kedaulatan, peraturan dan undang-undang Melaka.
    Hubungan Melaka dengan Gujerat
    1.     bentuk perdagangan
    2.     Pedagang Gujerat bekalkan kain
    3.     Rempah dari Kepulauan Melayu  dibekalkan oleh Melaka.
    4.     Pedagang Gujerat sebarkan agama Islam ke Melaka
    Hubungan Melaka dengan Tanah Arab
    1.     bentuk perdagangan.
    2.     Pedagang Arab membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu melalui Melaka.
    3.     Mereka membeli teh dan sutera dari China yang  terdapat di Melaka.
    4.     Pedagang China mengembangkan agama Islam di Melaka.
    (4)   Pusat pengembangan agama Islam
    a)    Kedatangan agama Islam
    1.     Abad ke-9, Kedah  menerima agama Islam.  Bukti – penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah.
    2.     Abad ke-13, agama Islam di Terengganu. Bukti – batu bersurat di Kuala Berang
    3.     Abad ke-15, agama Islam di Melaka apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam
    b)    Cara kedatangan agama Islam ke Melaka
    1.     Megat Iskandar Shah kahwini puteri raja Pasai yang telah memeluk agama Islam.
    2.     Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh Arab (Syeikh Abdul Aziz dari Makkah)
    3.  Syeikh Abdul Aziz mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
    4.     Pedagang Islam dari Arab dan India  berniaga dan berdakwah di Melaka
    5.  Sifat agama Islam – toleransi, adil dan rasional
    c)     Faktor-faktor Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam
    1.    Pertemuan ulama dari  Arab dan Pasai.
    2.     Ulama menjadi guru yang mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat
    3.     Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk menyebarkan Islam ke tempat lain.
    4.     Pendakwah disediakan tempat tinggal
    5.     Sultan Melaka menerima baik agama Islam – diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata
    6.   Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal agama.
    7.     Sultan Muzaffar Shah wujudkan masjid, madrasah dan surau
    8.     Tempat pusat pengajian ilmu tasawuf.
    9.  Ahli tasawuf terkenal – Abdul Karim al-Jili – mengarang kitab Insan al-Kamil.
    10.  Istana Melaka – tempat menterjemah, menyimpan kitab agama dan perpustakaan
    11. Kitab terjemahan – Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanapiah.
    12.  Sultan Melaka menerapkan musyawarah dalam  pentadbiran.
    d)    Cara Melaka menyebarkan agama Islam
    1.     Pedagang asing di Melaka  memeluk agama Islam. Apabila pulang, sebarkan Islam di tempat asal mereka.
    2.     Tentera upahan dari Jawa memeluk agama Islam & sebarkan Islam di tempat asal
    3.     Menyebarkan Islam ke wilayah jajahannya.
    4.     Raja negeri jajahan memeluk agama Islam
    1. jamin keselamatan
    2. tanda taat setia kepada sultan Melaka.
    5.     Mubaligh, ulama & ahli sufi sebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina.
    6.    Berdakwah secara berhemah
    7.     Perkahwinan politik  -  Perkahwinan puteri Sultan Mansor Shah dgn putera Raja Siak – agama Islam ke Siak.
    8      Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ahli agama mengajar ilmu agama kepada raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri.
    e)     Kesan kedatangan agama Islam
    1.    Institusi kesultanan  gantikan sistem beraja.
    2.     Konsep devaraja  dimansuhkan.
    3.     Raja bergelar sultan
    4.  Sultan Muhammad Shah – raja Melaka pertama menggunakan gelaran sultan.
    5.     Ulama menasihati sultan dalam hal pemeritahan agar memerintah dengan adil.
    6.     Undang-undang fikah pengaruhi Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut
    7.     Masjid &madrasah – pengajian agama Islam.
    8.     Pengajian al-Quran – asas sistem pendidikan
    9.     Bahasa Melayu – bahasa lingua franca.
    10.  Tulisan jawi diperkenalkan
    11.  Agama Islam pengaruhi budaya masyarakat
    12.  Pengaruh pada bidang seni
    13.  Tulisan khat dan ukiran corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan hadis  digunakan dalam ukiran dan penulisan.
    14.  Amalan masyarakat dipengaruhi unsur Islam
    1. upacara khatam al-Quran
    2. majlis kesyukuran
    3. kenduri arwah.
    (5)   Pusat kegiatan ilmu
    a)    Istana – pusat kegiatan intelektual
    1.     Tempat berkumpulnya cerdik pandai
    2.     Tugas jurutulis
    1. mengarang surat rasmi raja
    2. menggubal perjanjian
    3. menjadi guru kepada anak-anak raja.
    3.     Tugas pengarang
    1. mengarang sejarah
    2. menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan
    3. menyusun salasilah raja
    4. mencatat diari istana.
    4.     Tugas ulama
    1. menulis kitab
    2. menterjemah kitab agama Islam.
    5.     Golongan cerdik pandai kuasai bahasa asing
    6.     Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana
    7.     Contoh Karya sastera terjemahan
    1. Hikayat Amir Hamzah
    2. Hikayat Muhammad Ali Hanapiah
    3. Hikayat Iskandar Zulkarnain
    4. Hikayat Hang Tuah
    5. Hikayat Bayan Budiman
  • No comments:

    Post a Comment