Sunday, 7 October 2012

kekuasaan british

KEDUDUKAN STRATEGIK

MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Sebelum baca nota ini, sila hayati detik2 kronologi penipuan British ni yer. Kesian, Tipah tertipu tertipu tipu tetipah…hahahaha..
(1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI :
1. SHTI jalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan British.
2. Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.
3. British tidak boleh menguasai Kedah. Siam mengaku Kedah di bawah naungannya.
4. SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.
5. Kepentingan Pulau Pinang kepada British :
i. Pusat pengumpulan barangan :-
a. SHTI perlukan teh dari China
b. China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.
ii. Sebagai pelabuhan persinggahan :-
a. Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan makanan, kemudahan membaiki kapal
b. Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.
iii. Menjadi pangkalan tentera British :-
a. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.
b. Pulau Pinang sebagai pengkalan tentera mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.
(2) Kedaulatan Kedah tercabar
1. Kedah mempunyai pelabuhan entreport.
2. Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan
3. Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnya sentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.
Ancaman Bugis
i. Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.
ii. Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
iii. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.
iv. Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.
v. Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.
vi. Firma hantar Francis Light untuk berunding
vii. Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga di Kuala Kedah
viii. Sultan batalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan tentera bagi menyerang Bugis di Selangor.
(b) Ancaman Siam
i. Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa berperang dengan Burma
ii. Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat semula.
iii. Siam tuntut Kedah hantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.
iv. Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti Sultan Muhammad Jiwa ) berasa terancam
v. Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.
vi. Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
vii. Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah
(3) Pertapakan British di Pulau Pinang
1. Tipu helah Francis Light
i. SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belanda
ii. Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang memenuhi keperluan SHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.
iii. Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.
iv. Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat memberi bantuan ketenteraan
2. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh
ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan
3. Upacara menaikkan bendera Union Jack
i. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island
ii. Petempatan dinamakan Geogetown sempena nama King George III.
iii. bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
(4) SHTI mungkir janji
1. Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.
2. Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan
3. SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,
4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
5. SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
6. Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang.
7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.
8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.
9. Sultan Abdullah rasa tertipu – sediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.
10. Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.
11. Francis Light meminta bantuan tentera
12. Sultan Abdullah tewas
13. Sultan Abdullah tandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.
14. SHTI bayar 6 ribu dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.
15. George Leith dilantik Gabenor Pulau Pinang pertama.
Padan muka, dah kena tipu dengan British. Sekadar makluman tambahan,SHTI ni cuma golongan pedagang Inggeris sahaja. Tetapi mereka dilengkapi dengan alatan senjata. Al maklum jela, mereka ni ramai bekas tentera British. Belayar jauh2, mesti kena cukup senjata, tak pasal2 kena serang dengan Jack Sparrow Pirate Of Carribean. Tipah Tertipu lagi…!!!!
(5) Pertapakan SHTI di Seberang Perai
i. Seberang Perai sesuai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang
ii. Seberang Perai subur untuk bercucuk tanam bagi keperluan makanan penduduk di Pulau Pinang.
iii. Sultan Dzauddin (pengganti Sultan Abdullah) perlukan bantuan ketenteraan bagi hadapi Siam.
iv. Menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith
v. syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800;
- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai.- SHTI bayar 10 ribu dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
vi. SHTI mungkir janji untuk bantu Kedah, bantuan tidak diberi apabila Siam menyerang Kedah pada tahun 1821.
vii. Kedah ditakluki oleh Siam.
vii. Jun 1826, Raja Siam (Rama III) tandatangani perjanjian dgn Henry Burney di Bangkok
ix. Syarat Perjanjian Burney :

a. British iktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.
b. Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
c. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.
d. British menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah,
e. Kedah bayar ufti bunga emas kepada Siam.
(6) SHTI di Singapura
1 Sebab British ingin mengambil Singapura
i. Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka
ii. Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di kepulauan Melayu.
iii Kapal banyak ke Betawi, Riau & Lingga.
iv. Perdagangan SHTI dgn China semakin penting.
v. Barangan dari China mendapat pasaran di Eropah.
vi. Inginkan pelabuhan strategik di Selat Melaka
vii. Perang Napoleon meletus di Eropah, Belanda ditawan Perancis.
viii. Perancis berhasrat kuasai wil. Belanda di Timur.
ix. Belanda tandatangani Surat Kew dgn British.
x. Belanda serahkan secara sementara jajahannya di Timur kpd British hingga Perang Napoleon tamat.
xi. SHTI kuasai Melaka & Betawi semasa Perang
xii. Selepas Perang, British pulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda.
xiii. Belanda kenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk kpd pedagang British dan Betawi.
xiv. Stamford Raffles cari pelabuhan baru.
xv. Cubaan Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau gagal.
xvi. Cadangkan pangkalan baru di Singapura. Singapura wilayah kekuasaan kerajaan Johor.
xvii. Singapura strategik – sesuai sebg pelabuhan bebas dan dijadikan pangkalan bagi menyaingi pelabuhan Belanda dan Betawi.
xviii. Raffles yakin Singapura boleh menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.
2 Masalah perebutan takhta di Johor
i. Jajahan Johor termsk Pahang, Johor, Singapura.
ii. Sultan Abdul Rahman pemerintah kerajaan Johor,
iii. Pusat pentadbirannya di Lingga.
iv. Pahang diperintah oleh Bendahara Ali keturunan Bendahara Johor.
v. Temenggung Abdul Rahman – pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor.
vi. Beliau menjadikan Kuala Sg Singapura sebagai pusat pentadbiran dan pelabuhan.
vii. Raffles hadapi masalah mengambil Singapura – Singapura di bawah Sultan Abdul Rahman yang berada di bawah pengaruh Belanda.
viii. Apabila Sultan Mahmud Shah III mangkat, Tengku Hussein putera sulungnya diketepikan
ix. Adiknya, Tengku Abdul Rahman jadi sultan.
x. Mengikut adapt, pengganti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman
xi. Tengku Hussein tiada di istana sultan tetapi berada di Pahang.
xii. Pembesar Johor dgm sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan.
xiii. Raffles melihat pertelingkahan sebagai peluang untuk campur tangan dengan cara menyokong Tengku Hussein menjadi Sultan Johor.
3. British di Singapura melalui Perjanjian 1819 :
i. Raffles mendarat di Singapura.
ii. Raffles paksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.
iii. Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh Raffles
iv. Syarat Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles pada 30 Januari 1819 :
a. SHTI dirikan loji di Singapura
b. SHTI lindungi Temenggung daripada ancaman
c. SHTI bayar 3 ribu dolar Sepanyol setahun kpd Temenggung
d. SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan Barat yang lain.
v. Perjanjian 1819 tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan Sultan Johor (Sultan Abdul Rahman)
vi. Raffles perdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda dgn hidupkan semula masalah waris tahun 1812.
vii. Raffles peralatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak menjadi sultan.
viii. Raffles pujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
ix. Setelah menjadi Sultan, Sultan Hussein iktiraf perjanjian awal Temenggung dengan Raffles.
x. SHTI secara rasmi bertapak di Singapura.
xi. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor mempunyai dua orang sultan – Sultan Hussein bersemayam di Singapura Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.
4 British di Singapura – Perjanjian 1823 & 1824
i. Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura.
ii. 7 Jun 1823 perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membolehkan SHTI berkuasa di Singapura dan pulau berdekatan.
iii. Syarat Perjanjian 7 Jun 1823;
a. Sultan terima bayaran 1500 dolar Sepanyol, Temenggung terima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.
b. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.
c. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
d. Undang-undang British dikuatkuasa.
iv. 2 Ogos 1824, perjanjian ditandatangani John Crowfurd (Residen Singapura) dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.
v. Syarat Perjanjian 2 Ogos 1824;
a. Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada SHTI
b. Sultan dan Temenggung hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
c. Sultan dan Temenggung atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.
vi. S. Hussein menetap di Kampung Gelam, Singapura.
vii. Baginda ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian 1824.
viii. SHTI mengarahkan Temenggung memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sg Singapura ke Teluk Belanga dgn alasan memajukan Singapura.
ix. SHTI mengambil tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
x. Tahun 1866, pusat pemerintahan dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.
(7) Perpecahan Kepulauan Melayu
i. Belanda dakwa Singapura pengaruhnya.
ii. Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangannya di Betawi.
iii. Pertikaian berkaitan Singapura mencetuskan ketegangan British dengan Belanda.
iv. British enggan serahkan Singapura kepada Belanda
v. Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
vi. Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 :
a. Belanda iktiraf petempatan British di Singapura.
b. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
c. British serah Bangkahulu kepada Belanda
d. Belanda serah Melaka kepada British.
e. British tidak akan buka petempatan baru ke selatan Singapura
vii. Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda :

a. Kepulauan Melayu terbahagi dua kawasan.
b. Sem. Tanah Melayu & Singapura pengaruh British.
c. Kepulauan Riau &Lingga-pengaruh Belanda.
d. Pengaruh British di Sem. Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat lain.
(8) SHTI di Melaka
i. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda serahkan Melaka kepada British.
ii. British serahkan Bangkahulu kepada Belanda
iii. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.
iv. Perjanjian mengakibatkan kerajaan Johor berpecah.
v. Melaka, Pahang, Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh British
vi. Kepulauan Riau serta Lingga di bawah Pengaruh Belanda.
(9) Negeri-negeri Selat (NNS)
i. SHTI di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
ii. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
iii. Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.
iv. Tahun 1826, disatukan di bwh Negeri-negeri Selat.
v. Bertujuan seragamkan pentadbiran dan jimatkan perbelanjaan.
vi. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang.
vii. Tahun 1832, Singapura gantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana kedudukan strategik.
viii. Pentadbiran NNS diketuai Gabenor NNS
ix. Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler – menjalankan pentadbiran di negeri masing-masing.
x. Gabenor Jeneral British di India menggubal dasar dan undang NNS.
xi. Rasa tidak puas hati penduduk dan saudagar tempatan – merasakan NNS seolah tanah jajahan India.
xii. Saudagar British di NNS merayu British memindahkan pentadbiran ke London.
xiii. Pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebg tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.
xiv. Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri.
xv. Faktor pemindahan pentadbiran NNS dari India ke London pada tahun 1867 :
a. SHTI di India tidak ambil berat kebajikan NNS.
b. NNS bantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura.
c. Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal – ada kongsi gelap dan kekacauan.
d. Penduduk bantah tindakan NNS sebagai tempat buangan banduan.
e. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang rupee India (nilainya rendah)

No comments:

Post a Comment