KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)
(1) Penyerahan wilayah Sabah kepada SBUB
a) Negeri Sabah dibwh Kesultanan Brunei dan Sulu
1. Asalnya di bawah pengaruh kesultanan Brunei.2. Kemudiannya, Sultan Brunei menyerahkan pantai timur dan utara Sabah kepada sultan Sulu kerana membantunya mematahkan pemberontakan di Sabah.
3. Sabah dikenali sebagai Borneo Utara. Nama Sabah digunakan apabila Borneo Utara menyertai Malaysia. Sabah dikenali “Negeri di Bawah Bayu”.
b) Pengaruh pedagang barat sebelum SBUB
1. Sabah tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kekayaan hasil buminya.2. Menarik perhatian pelabur Barat
3. Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat, iaitu C.L. Moses dengan tempoh penyewaan selama 10 tahun.
4. Moses kemudiannya menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang diketuai oleh J.W. Torrey dan rakannya T.B. Harris. J.W. Torrey pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.
5. J.W. Torrey gagal memajukan tanaman kopi dan tebu di Kimanis.
6. Kegagalan menyebabkan Torrey menjual haknya kepada Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong)
7. Baron Von Overbeck hadapi masalah modal. Beliau meminjam wang daripada Syarikat Alfred Dent dan Edward Dent (pedagang British di Hong Kong)
8. Overbeck dan Dent ingin menubuhkan sebuah syarikat di Borneo Utara.
9. Gabenor Labuan (W.H. Treacher) bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei yang telah tamat, dengan syarat syarikat yang ingin ditubuhkan oleh Overbeck diletakkan di bawah kekuasaan British.
10. Sultan Brunei, Sultan Mu?mein memperbaharui pajakan dengan Overbeck & Dent melalui perjanjian
11. Baginda serah tanah ant Teluk Kimanis & Sg Sibuku.
12. Oleh sebab, sebahagian wilayah Sabah di bawah Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Sultan Sulu)
13. Sultan Sulu serahkan kaw Sg Padasan -ke Sg Sibuku.
c) Penubuhan SBUB
1. Tahun 1880, Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent.2. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
3. Saham syarikat pula dijual kepada syarikat British bagi menambahkan modal perniagaan.
4. Bagi memperkukuh kedudukan, persatuan berusaha dapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.
5. Tahun 1881, kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
6. Tahun 1882, syarikat dinamakan SBUB
7. Melalui piagam, SBUB – kuasa mentadbir Sabah.
8. Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden pertama dan Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.
9. British memperluaskan pengaruhnya dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.
10. Tahun 1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British.
11. British bertanggungjawab hal ehwal luar Sabah.
d) Syarat Pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
1. SBUB tidak boleh serahkan Sabah kepada sesiapa pun tanpa persetujuan kerajaan British.2. SBUB menerima nasihat daripada kerajaan British.
3. SBUB melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British.
4. SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil
5. SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan.
(2) Sistem Pentadbiran SBUB
a) Sistem pentadbiran Gabenor
1. Diketuai oleh Gabenor.2. Gabenor pertama SBUB ialah W.H. Treacher.
3. Beliau dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British.
4. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat.
5. Majlis Penasihat terdiri drp Setiausaha Kerajaan, Bendahari,dan Ketua Pasukan Keselamatan.
6. Sandakan pusat pentadbiran SBUB.
7. Menubuhkan jabatan kerajaan spt Jabatan Pos, Jab Buruh, Jab Polis, Jab Kewangan, Jab. Tanah & Ukur.
8. Lembaga Pengarah SBUB menubuhkan kontinjen Polis Dayak dan membina berek polis di Sandakan untuk mengawal keamanan.
b) Organisasi Pentadbiran SBUB
1. Lembaga Pengarah- Bertanggungjawab kepada semua pemegang saham SBUB.
- Dibantu Majlis Penasihat dan Setiausaha Kerajaan.
- Mendapat nasihat pentadbiran dr Majlis Penasihat.
- Gabenor dan Majlis Penasihat bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah di London.
- Terletak di bawah Setiausaha kerajaan.
- Contohnya Ketua Jabatan Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Tanah dan Ukur.
- Terletak di bawah Setiausaha Kerajaan.
- Menjadi ketua pentadbir di peringkat residensi
- Menjadi ketua pentadbir di peringkat daerah.
- Berperanan sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah, pegawai buruh, dan ketua pentadbir semua jabatan di peringkat daerah.
- Menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai, dan memajukan pertanian.
- Menguruskan hal ehwal kampung
- Menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung.
c) Sistem Residensi
1. Dibahagikan beberapa residensi – mudahkan urusan pentadbiran.2. Setiap residensi dibahagikan kepada daerah.
3. Mulanya, dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur.
4. Tahun 1935, empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Sandakan, Pedalaman dan Tawau.
5. Akhirnya, sepuluh residensi
6. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah berbangsa Eropah.
7. Jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan & disandang oleh penduduk tempatan.
d) Penglibatan anak tempatan dalam pentadbiran
1. Ketua Anak Negeri bergelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K) membantu Pegawai Daerah. Cthnya, O.K.K. Haji Mohammad Arshad Ketua Anak Negeri menganggotai pentadbiran SBUB.2. Diberi surat kuasa. uruskan hal masyarakat tempatan.
3. Di kampung, – ketua kampung digelar Orang Tua.
4. Penglibatan peribumi dalam pentadbiran di peringkat daerah dan kampung kerana memahami adat dan budaya masyarakat tempatan.
5. SBUB tidak mampu menggaji ramai pegawai Eropah kerana masalah kewangan.
e) Sistem Kehakiman
1. Undang-undang Barat dan undang-undang Tempatan2. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri
3. Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Ketua Anak Negeri
4. Mahkamah Majistret :
- Mengendalikan kes berat seperti kes pembunuhan, penculikan dan rompakan.
- Dihakimi oleh Pegawai Daerah.
- Mengendalikan kes peribumi yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan hukum adat.
- Hakim dilantik daripada kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat.
(3) Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran SBUB
a) Pembaharuan ekonomi
1. Mengeksploitasi kekayaan hasil tradisional Sabah, menguasai pertanian, pembalakan & perlombongan2. SBUB mengeluarkan mata wang pertamanya
b) Hasil tradisional
1. Menyumbang kewangan SBUB- sarang burung, sagu,rotan, pokok lanut, trepang & sirip ikan yu.2. Sarang burung – eksport tradisional
3. Rotan :
- Longgokan rotan dicari oleh penduduk dari hutan.
- Hasil rotan dieksport dlm btk perabut, tikar& tongkat.
- Dikenali abaka, manila, hemp atau musa textilies.
- Pokok lanut hidup meliar di kaw pamah dan lembah.
- Gentian pokok lanut dijemur dan diproses menjadi tali kapal untuk dieksport ke Eropah.
- hidup subur di kawasan berpaya dan di muara sungai.
- SBUB galakkan usahakannya secara komersial.
- Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah.
- hasil laut seperti trepang, sirip yu dan mutiara.
- Diusahakan oleh masyarakat Bajau.
- trepang dpt permintaan tinggi di China.
- Membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.
- Cukai tanah, cukai kepala, lessen perahu & senjata.
- SBUB menggunakan pendekatan ini untuk mengatasi masalah kewangan mereka
c) Hasil pertanian
1. Mengusahakan tanaman baru – getah dan temabakau.2. Kegiatan ini dilakukan kerana tanah luas dan subur.
3. Tembakau :
- Mutu tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia.
- Pasaran tinggi di Belanda serta Amerika Syarikat.
- Mengecualikan cukai eksport kpd ladang tembakau.
- Tanaman tembakau diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan
- Daun tembakau untuk menghasilkan cerut.
- Landasan kereta api meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort, Jesselton dan Tenom.
- insentif 4 peratus dividen kpd pengusaha getah
- Pengusaha diberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun
- Kilang memproses getah dibina di Sabah.
- Buruh dari China dan Jawa bekerja di ladang getah.
d) Kegiatan pembalakan;
1. Sumber kayu balak jenis yang baik seperti jenis seraya, ramin, kapur, belian dan meranti.2. Pembalakan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
3. Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk
4. Hasil balak dieksport ke China, Singapura, Britain, dan Australia melalui pelabuhan Sandakan.
5. kilang memproses kayu balak di Sandakan.
e) Kegiatan perlombongan;
1. Perlombongan menggalakkan kemasukan pelabur.2. Menggiatkan usaha melombong seperti galian emas, arang batu dan mangan.
3. Emas – Diusahakan oleh orang Cina pada tahun 1886 di Sungai Segama.
4. Arang batu :
- Dilombong di Silimpopon dan Labuan.
- Silimpopon–kaw arang batu terbesar di A.Tenggara
- Diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.
(4) Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran SBUB
(a) Sistem pengangkutan
1. Landasan kereta api pertama – Weston ke Beaufort.2. Disambung Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap.
3. Membina jalan raya -tertumpu di bandar besar
4. Perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu
5. Memajukan pengangkutan air dan sungai.
6. Syarikat perkapalan Straits Steamship
b) Sistem Perhubungan
1. telegraf, telefon dan pos2. Bangunan pejabat pos .
3. Mengeluarkan setem
c) Perkembangan Pendidikan
1. Kurang diberi perhatian oleh pentadbiran SBUB.2. Sediakan pendidikan rendah kerana kekurangan wang dan anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan.
3. Murid mendaftar di sekolah Melayu, sekolah Mubaligh dan sekolah Cina.
4. Sekolah Mubaligh (Inggeris);
- Mubaligh Kristian bina sekolah- sebarkan Kristian.
- Sekolah pertama oleh mubaligh Roman Katolik di Sandakan – dinamakan Institut Byron.
- Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan
6. Sekolah Latihan :
- Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina di Sabah di Jesselton.
- Tujuan- melatih pelajarnya menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah.
- Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu.
- kurikulum 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
- Jawatan khas untuk lulusan sekolah ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri.
8. Sekolah Cina :
- dibina sendiri oleh masyarakat Cina.
- berorientasikan negeri China. .
d) Perkhidmatan Kesihatan
1. Hospital di bandar besar2. Di luar bandar, disediakan pusat kesihatan.
3. loji air di Kota Kinabalu – membekalkan air bersih.
e) Perkembangan bandar
1. Bandar Sandakan :- Diasaskan oleh William Pryer pada tahun 1879.
- nama “Elopura” bermaksud bandar yang cantik.
- pusat pentadbiran, pelabuhan dan pusat pembalakan.
- Dijadikan pusat pentadbiran – mengambil tempat bandar Kudat.
- pusat pentadbiran yang pertama.
- gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai
- Memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan pada tahun 1884.
- Nama asalnya – Jessel Town yang diambil sempena nama Charles Jessel (orang yg membuka bandar ini.
- Nama Jessel Town kekal digunakan untuk beberapa tahun sebelum disingkatkan kepada Jesselton.
- dikenali nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
- pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting.
- Nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu
f) Pasukan Polis
1. Kontinjen polis tempatan ditubuhkan2. “Skuad Terbang” untuk menjamin keselamatan.
3. Skuad dianggotai oleh pegawai polis tempatan.
g) Kemudahan lain
1. Akhbar The North Borneo Herald – akhbar pertama2. Menara jam Jesselton dibina.
No comments:
Post a Comment